Sekorok dua korok. |
Nuing ingin mencuba gitar barunya RG370AHMZ dengan kemasan blue moon burst. Katanya dah lama cemburu tengok aku dan Azrul main gitar ber-whammy. Dan masih lagi setia dengan Ibanez.
Apa yang menarik pada RG370AHMZ ini ialah badan kayu ash dan whammy Ibanez Edge-Zero II dengan Zero Point System (ZPS3Fe) yang tegap dan mudah dilaras. Spesefikasi selebihnya standard RG.
Aku pula ingin mencuba Darth Sven (EC-257) yang kini bernadi Sentient/Nazgul. Dengan setup ringkas kali ini *Cry Baby dan LT-Dual terus ke clean channel amp Kustom KG100HFX.
Walaupun sudah praktis di rumah untuk lagu-lagu playsafe menggunakan setting 7-string, tetapi bila dalam keadaan posisi perang, jari-jari mula celaru kerana sudah biasa chordings dengan tali low-E sebagai sauh (anchor) tanpa melihat fretboard (muscle memory), tiba-tiba kini ia menjadi low-B.
Dan dalam kecelaruan dan suka-suki, sempat juga mendapat ilham riff untuk lagu baru semasa noodling ala nu-metal dengan tali low-B, dirakam oleh Nuing untuk rujukan jika ia ingin dijadikan riff utama lagu baru MUP kelak.
_____
AADI: *Dah berani sikit-sikit solo guna wah.
0 comments
Post a Comment