Jackson JS32 DKA (Archtop Dinky) ini diperolehi daripada website Swee Lee, seperti biasa dengan pengeposan percuma (DHL) dapatlah jimat RM100-150 berbanding platform lain.
Sebagai sebuah siri JS32 kualiti buatannya tidak jauh beza dengan ex-Sarge (JS32 King V) aku sebelum ini, cukup-cukup tegap untuk sebuah "player's guitar". Jika inginkan lebih "road worthy" perlukan sedikit modifikasi.
Headstock ikonik Jackson. |
Cuma kemasan birunya agak unik sikit, namanya bright blue tapi dalam gambar dan depan mata memang agak berbeza. *Eh kenapa biru?
Badannya adalah varian archtop iaitu melengkung seperti LTD MH atau Ibanez RGA, nampak agak kecil berbanding saiz standard Stratrocaster. Diperbuat daripada kayu poplar dengan berat keseluruhan sekitar 3.1 kg sahaja.
Bridge in-house "Jackson by Floyd Rose" yang aku rasa tarafnya di bawah Floyd Rose Special. Seperti ex-Sarge, pikap berkembar "Jackson" yang digunakan sudah pasti pikap Belcat yang dijenama semula, tak perlu dijenguk.
Buatan China dari kilang yang sama (Guangzhou Weibo Musical Instruments?) dan adalah produk ke #78549 pada tahun 2020.
Pendawaian yang kemas, cuma kualiti komponen elektronik di dalamnya nampak ala kadar. Ruang kaviti "isi perut" juga agak luas dan boleh menempatkan sebiji bateri 9V jika ingin dipasangkan dengan sistem pikap aktif seperti EMG.
*Ok, ini sebenarnya bukanlah gitar aku, ia adalah gitar rakan sekerja Methodman yang baru saja diperolehi dan terus dihantar ke tempat aku pada hari yang sama untuk diservis dan dipasangkan set tali baharu. Tak sabar untuk dipandu-uji semasa sessi jamming hari berikutnya.
Antara servis yang dilakukan ialah merawat fretboard yang kering dengan lemon oil. Dalam spesifikasi, material fretboard gitar ini adalah kayu amaranth (teringat lagu Nightwish) tapi nampak gelap seakan rosewood.
Selepas dicuci dan dirawat dengan lemon oil, penampilannya agak kemerahan. Mungkinlah kot kayu amaranth, setakat ini aku pernah tengok kayu maple, rosewood, ebony dan jatoba untuk material fretboard.
Servis utama ialah memasang set tali D'Addario EXL120BT (balanced tension, 9-40) menggantikan set tali asal yang nampak kusam. Action direndahkan seoptimumnya, intonasi dan ditala pada E-standard.
Gitar ini akan menjadi gitar utama Methodman untuk jamming menggantikan ex-Johnny yang agak berat dan ex-Nightfall yang sudah dilepaskannya demi mendapatkan gitar biru ini.
_____
AADI: Tercemburu pula sekejap sebab aku sudah tak ada gitar Jackson.
2 komen:
Mantap 👍🏾
lawa
Post a Comment