Minggu lepas dihubungi oleh pihak Kelab Kidurong Bintulu (KKB) untuk menjemput MUP menyertai Local Gig 2022 bersempena dengan ulang tahun KKB yang ke-40.
Sudah lama tidak dijemput untuk gig, nampaknya MUP masih lagi relevan. Dan sudah agak lama juga aku tidak menjejak kaki di KKB, kali terakhir ketika jamming di studio mereka tahun 2017.
Perancangan asalnya ada 12 band yang menyertai, tapi satu persatu menarik diri atas sebab-sebab kerjaya dan masa hujung tahun yang biasanya ramai yang balik kampung bercuti.
Kami yang sudah lama tidak jamming agak bergelut juga untuk mengembalikan keserasian (chemistry) antara ahli, lebih-lebih lagi kini tinggal tiga orang sahaja yang masih berkomitmen - Aku, Bob Kandar dan Nuing. Tak mengapa, sekurang-kurangnya ada masa seminggu untuk bersedia.
_____
AADI: Filasuf yang menderita...
0 comments
Post a Comment