Ini antara perolehan yang tertangguh sejak April - Nu-X (disebut "niu-eks") MG-30, diperolehi daripada Bentley Music dengan mengambil kesempatan kupon Black Friday Atome berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan beberapa gajet sebelumnya.
Seperti yang diGASkan awal tahun:
"ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini."
Saiznya tidaklah segedabak jenama/model yang disasarkan pada awal tahun, ia agak kompak cukup-cukup muat masuk dalam beg Pedaltrain-Nano. Pakejnya termasuklah manual ringkas, adapter, NMP-2 dual footswitch, kabel stereo dan kabel USB type-C.
Faktor effects loop membuatkannya dipilih berbanding saingan lain yang tewas - Hotone Ampero One, Mooer GE-200 dan Zoom G3Xn. Dari segi kualiti bunyi pula tak perlulah aku ulas - Nu-X (Cherub) dan geng-geng jenama China lain (Joyo, Mooer, Hotone, dll) antara yang meningkat naik dalam dunia kegitaran dan bisa menggoncang takhta nama-nama besar seperti Boss, Zoom, Digitech, Line 6 dan Vox.
Bijak bagi Nu-X untuk menyertakan NMP-2 dual footswitch untuk mengakses fungsi tambahan MG-30, jika dibeli berasingan harganya sekitar RM150. Selain untuk kegunaan MG-30, footswitch ini juga jenis universal dan boleh digunakan bersama-sama pedal atau amp lain - serasi dengan Boss FS-6.
Dan dengan adanya effects loop SEND/RETURN, MG-30 ini bisa diasimilasikan bersama-sama amp Blackstar HT5-RH dengan menggunakan kaedah 4-kabel (4-cable method). Efek compressor/drive dapat digunakan sebelum amp dan efek modulation/time-based selepas amp.
Skrinnya agak besar (4") dengan paparan warna-warni yang jelas dan beresolusi tinggi, berguna untuk penglihatan yang telah mencecah krisis pertengahan hidup. Juga bijak sekali lagi untuk Nu-X kerana tidak menggunakan skrin sesentuh (touchscreen, seperti Ampero One) pada pedal ini untuk merendahkan kos(?).
Bijak untuk kali ketiga kerana Nu-X memasang palang besi (seperti Pod HD300) untuk menghalang kaki daripada tertendang atau terpijak tombol 1/2/3/4 dalam kehangatan beraksi di atas pentas.
Buat masa ini aku hanya menggunakan preset asal yang tersedia (factory presets) terutamanya preset ohsom daripada Pete Thorn dan preset bass daripada May Patcharapong.
Juga terdapat beberapa preset ohsem daripada YouTubers lain yang selalu aku follow antaranya Jonathan Koh, Leon Todd dan Leo Gibson. Preset Silas Fernandez pula amat sesuai untuk main metal dan preset Joko Reantaso pun menarik.
Kalau tengah bosan atau tengah tunggu gitaris lain tengah tuning, boleh main game Snake macam game yang ada pada telefon Nokia dulu-dulu.
MG-30 ini akan menjadi multi-fx utama menggantikan Digitech RP360 yang telah dilepaskan beberapa bulan lepas. Seperti multi-fx yang lain, ia lebih ampuh jika digunakan bersama-sama speaker FRFR (kes aku IRT-X) atau terus ke FOH/PA system berbanding amp gitar. Dan disebabkan ia juga dapat digunakan untuk dan gitar akustik dan bass, berkebarangkalian besar B1Xon akan cuba dilepaskan untuk modal pusingan.
Fungsi lain seperti CTRL, SCENES, parallel effects,USB reamp, Quicktone dan sebagainya mungkin akan diteroka dan dijadikan modal untuk etnri akan datang...
0 comments
Post a Comment