Tergerak hati untuk mendapatkan
gula-gula alas suis pepijak (
footswitch toppers) Mooer warna-warni ini. Platform Shopee dipilih kerana lebih murah berbanding platform lain (serius, pos parcel biasa dari China lebih cepat sampai berbanding Poslaju).
Fungsinya supaya suis pepijak pada stompbox lebih senang dipijak, lebih-lebih lagi jika kaki tidak beralas (berkaki ayam, buka guna kaki ayam).
Pembelian sampingan ialah dua unit fretwrap
ciplak imitasi berjenama Rockhouse (18 dan 20 cm). Ia merupakan imitasi fretwrap jenama
Gruv Gear tapi pada harga yang rendah (1/7 harga Gruv Gear) tapi kualitinya ala kadar. Kalau bukan pasal harganya, memang terasa menyesal beli, rasanya tak perlulah aku ulas...
Hanya suis pepijak pada
MS-70CDR sahaja yang tidak muat dengan topper ini, selebihnya seperti gambar di atas. Pada pendapat aku, ia lebih menyerlah pada
RP360 jika dipadankan dengan kod warna kuning, jingga dan merah bersesuaian dengan patch yang aku set (clean, crunch, lead).
_____
AADI: Biasanya aku guna
pengikat rambut.
0 comments
Post a Comment