Sabtu (20/7/2019) - Sessi jamming yang menyaksikan
MUP kembali beraksi secara full force (5-piece) kerana disertai oleh kedua-dua Nas
Korawk (yang telah ponteng
beberapa sessi) dan Azrul. Jarang dapat peluang jamming 5-piece begini, lebih-lebih lagi dengan Azrul yang kebelakangan ini aktif touring bersama-sama Larrong.
Sessi jamming di King's Studio, studio yang hype di Bintulu mutakhir ini kerana sewa yang murah dengan equipment yang berbaloi seperti
Z-Studio suatu ketika dahulu. Sessi ini sebagai persediaan untuk
Isolated Gig Vol. 2 yang dijadualkan pada Ahad ini (28/7/2019).
|
MT-2 studio tu suatu ketika aku yang punya, hehehe... |
Azrul menggalas gitar "baru"nya iaitu modified
M-103FM (ex-
Mirage) manakala Nuing masih setia dengan
RG331M. Selain amp gitar dan bass yang overpower (Kustom KG, Fender Rumble), set drum studio ini juga agak mantap (aku lupa brand apa) Bob Kandar hanya perlu membawa double-pedal.
|
Korawk guna bass studio. |
Oleh kerana studio ini hanya memilik dua amp gitar, untuk gitaris ketiga seperti aku ada beberapa opsyen; 1) kongsi input dengan amp lain, 2) terus ke PA system via DI atau 3) bawa amp sendiri. Aku memilih opsyen ketiga. Kebetulan aku baru memperolehi sebuah amp 12" beberapa hari sebelumnya, Laney
LX65R Extreme (akan dibuat entri berasingan).
Oh ya, aku menggunakan
So-Cal untuk sessi kali ini, alang-alang sebelum ditukar tali baru pada sebelah malamnya. Untuk gig kelak aku bercadang menggunakan
Sarge (JS32 King V), tetapi dengan kehangatan
Legacy Of The Beast Tour 2019 baru-baru ini, teringin pula nak bergaya ala Adrian Smith kah kah kah...
Akan ada sekali lagi sessi jamming sebelum hari kejadian, mungkin full rehearsal. Setlist yang dipersetujui:
- Intro - CSIT
- Pentagram Di Atas Pusara (original MUP)
- Kabus
- Tears Of The Dragon
- 2 Minutes To Midnight
- The Trooper (encore)
_____
AADI: Harap vokal aku sihat sampai hujung minggu.
1 comment
All the best untuk hari kejadian..
Post a Comment