Dah lama aku terima bungkusan ni, diterima pada hari yang sama dengan pickup Tesla AH-1 iaitu pada Khamis 27/1/2011. Dan entri ni pun dah hampir masuk tiga bulan dalam bentuk draft. Bungkusan dari Engbok of yNot Studio yang berisi Behringer FX600 Digital Multi-FX pedal.
Seperti biasa, yNot Studio (aka MMO Music) merupakan tempat aku memperolehi produk-produk Behringer, disebabkan yNot Studio menjualnya agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain, dan servis pun cepat. Kalau ada stok, hari ni order dan bayar, paling cepat barang akan sampai esok atau lusa.
"Studio effects processors sound really good, but they can bulky, complicated and expensive. Now you can have all the power and great sound of studio-grade, stereo effects processing, thanks to the ultra-affordable, and easy-to-use FX600." - hype website Behringer.
Behringer FX600 Digital Multi-FX - digital stereo multi-effects pedal, info lebih lanjut sila layari website rasmi Behringer. Dah lama aku berkenan dengan pedal ni, untuk digandingkan dengan [insert overdrive/distortion pedal name here] as a simple guitar rig hooked-up with clean channel of Cube-15. Dan pada harga yang tak sampai RM150, kita akan memperolehi enam efek digital dalam satu pedal - flanger, chorus, phaser, delay, tremolo dan pitch shifter.
Empat tombol - LEVEL, PAR 1, PAR 2 dan FX.
Sebenarnya aku cuma perlukan fungsi CHORUS sahaja. DELAY dan PITCH SHIFTER pada pedal boleh dikirakan sebagai bonus. Fungsi-fungsi lain; FLANGER, PHASER dan TREMOLO aku tak guna pun. Mungkin TREMOLO tu ada juga la terguna untuk main Twang clean. Malas nak review panjang-panjang, tengok sajalah video YouTube di bawah ni.
Oke, ni pendapat peribadi aku pasal FX600 ni.
Kelebihan
- Multi-effects pedal at stompbox simplicity.
- Stereo output.
- Juga boleh digunakan sebagai vocal effects, PITCH SHIFTER amat sesuai untuk vokal ala-ala duet (harmonics).
- It's a Behringer stompbox pedal = cheap.
Kelemahan
- Hanya satu efek saja yang dapat digunakan pada satu-satu masa.
- It's a Behringer stompbox pedal = plastic, somewhat not very durable nor battle worthy (paham-paham sajalah).
Dan satu masalah yang agak besar, pedal ni agak leceh bab power supply. Kalau guna bateri 9V memang tak sampai lima minit pasti akan ada masalah - LED mula berkelip-kelip kemudian bunyi pada output pun akan hilang.
Aku cuba guna AC adapter Zoom AD-0006E (9V 300mA) dan Roland ACR-230E (9V 500mA, adapter Micro-Cube), juga masih mengalami masalah yang sama. Aku mula suspek masalah arus (ampere) tak cukup kuat, jadi aku hantar semula ke yNot Studio untuk kepastian.
Menurut kata Engbok, setelah mencuba pelbagai jenis AC adapter, ternyata pedal FX600 ni memang leceh, ia hanya memilih AC adapter original Behringer PSU-SB (100mA) atau PSU-HSB-ALL (1.7A) sahaja untuk berfungsi dengan baik. Hahaha good marketing! Engbok juga bagitau ia bukan masalah ampere sebab dia pernah cuba dengan adapter berarus 2A, juga mengalami masalah yang sama.
Memandangkan aku ada beberapa pedal/stompbox, mungkin agak berbaloi juga kalau aku gunakan adapter ampere tinggi (daisy-chained). Well, that might be another story...
_____
Ada apa: Kalaulah semua pedal/stompbox Behringer diperbuat daripada logam (macam Beta-Aivin, Moen, Joyo) kan bagus...
4 komen:
aku pun ada multi-fx ni.
berbaloi. AKu nak beli Boss DD-3 atau DD-6 tak mampu. huhuhuuu
muspeed:
ada mengalami masalah sama mcm aku tu x? bab LED blinking2
sama. aku rasa semua jadi macam tu. Sepatutnya bila tekan lampu on. Ni tak, kadang2 on, kadang tak terus. Tapi function. Mentang2 la stompbox murah
muspeed:
aku dah cuba dgn adapter behringer 1.7A (spt yg disarankan), mmg okela tadak kelip2, berfungsi spt pedal2 behringer yg lain
hang guna adapter apa?
Post a Comment