
Jumaat (23/9/2011) - Kalau sebelah pagi menerima bungkusan poslambat (parcel post), sebelah petang pula menerima bungkusan plastik Kangaroo Worldwide Express.
Beberapa hari lepas aku memesan sesuatu dari Steven Guitar melalui Facebook. Steven Guitar, antara nama "online seller" yang baru nak naik di bumi Kenyalang ni. Aku memesan satu jenama pedal efek gitar (stompbox) yang agak susah diperolehi di pasaran Malaysia - Modtone.
Walaupun aku memesannya dari Steven Guitar, tapi bungkusan yang diterima berinvois dari LG Art Enterprise, pengedar (distributor) jenama Modtone di Malaysia.

Pedal Modtone yang aku order ialah model Speedbox Distortion XXL MT-DS, dengan harga yang murah sedikit berbanding Boss DS-1. Pada mulanya aku ingin memesan Modtone Mini-Mod Distortion, tapi disebabkan perbezaan harga yang sedikit, it's better to order full-fledge Modtone.

Pedal, kotak dan manual ringkas.
Apa yang menarik pada pedal ni ialah warnanya yang HIJAU dengan corak "black flame" (Amaterasu?) yang menarik. Ya, jika pedal distortion lain kebanyakannya berwarna oren atau merah, tapi pedal ni memang sesuai dengan jiwaku :) Selalunya pedal overdrive yang berwarna hijau (mojo daripada Ibanez Tube Screamer).

Satu suis "bypass" dan tiga tombol ala DS-1; TONE, GAIN dan LEVEL.
Berbanding pedal-pedal Modtone yang lain, pedal Speedbox ni yang paling murah dengan harga di bawah RM200. Dan untuk rig yang ringkas (2-3 stompboxes), memang kebetulan aku hanya perlukan efek distortion sahaja, efek-efek lain seperti chorus, delay, phaser, flanger, tremolo dan pitch shifter aku boleh guna Behringer FX600.

Kedudukan AC power input yang terletak di bahagian atas pedal.
Seperti pedal EHX Bass Blogger aku, ia tidak mempunyai ruang bateri yang khas. Untuk menukar bateri, kita terpaksa membukanya menggunakan pemutar skru, sesuatu yang agak leceh.

Tonewise, tak jauh beza berbanding DS-1, cuma bunyinya lebih treble (berpasir?). Dan seperti DS-1 atau distortion lain, ia amat sesuai untuk bunyi Hard Rock dan old-school Heavy Metal, atau sebagai booster untuk hi-gain amplifier.
Lepas ni nak cuma pedal-pedal stompbox jenama/model China lain yang berharga sub RM200 - Beta Aivin, Joyo, Biyang, Moen (Moen lagi?).
_____
Ada apa: Teringat pula Satchurator...
2 komen:
kenapa pilih pedal hijau? he he... :-)
bro sub:
ada apa dengan hijau? hehehe...
Post a Comment