Ahad 11/9/2011 - Hari ni Bob Kandar berkeras nak ajak geng-geng Hepi ;) - aku, Azrol dan Hamdan untuk jamming di Z Studio (kes gian jamming dengan Metuk Ulau Projekt semalam), yang pada mulanya ingin ditempah pukul 5.00 petang tapi cuma dapat slot dalam pukul 7.00 malam.
Aku agak keberatan nak jamming hari ni sebab tak ada mood, lagipun Mrs. Ijau dah pesan jangan balik lambat (kes takut tinggal seorang di rumah). Tapi untuk tidak menghampakan rakan-rakan lain, akupun bersetuju untuk datang.
Z Studio yang terletak di tingkat atas Li Hua Plaza, Bintulu (berdekatan dengan Esplanade) nampak agak baru dari segi kelengkapan - gitar-gitar Clevan CX series dan Yamaha, Stagg J-bass (B300-BK), amp bass Fender Rumble 75, amp gitar Kustom KG100FX212 (studio 1) dan Marshall MG100 (studio 2), drums jenama Tama (single pedal). Dengan sewa RM35 sejam, agak berpatutan dengan equipment yang ada berbanding "studio yang satu lagi" tu.
Kali ni Azrol membawa gitar dan efeknya sendiri (Ibanez GRX40 dan Digitech RP55), sebab itu kami memilih studio 1 yang menggunakan amp Kustom. Lain kali mungkin kami akan mencuba studio 2. Aku pula hanya membawa Korg Pandora Mini (dan kamera) sahaja, bass kira guna studio punya sajalah (waktu ni aku belum ada Clover lagi).
Hamdan juga tidak membawa apa-apa equipment, sekadar mencuba gitar Clevan dan Behringer UM300 kepunyaan studio yang disambung kepada amp Kustom. Aku tak tau kenapa bunyinya teruk sangat (mungkin masalah pada UM300 kot?), pasal taknak buang masa aku malas nak tolong soundcheck rig Hamdan ni, lantak sajalah hahaha...
Stagg J-Bass (Jazz bass copy) ni agak ringan dan selesa dimainkan, mungkin disebabkan tali-talinya masih baru dan belum berkarat lagi. Sekali-sekala guna Jazz bass layanlah juga walaupun main rendah (low strung) selalu orang main Jazz bass tinggi paras dada.
Entah kenapa sessi jamming kali ni agak kurang "happening" tidak seperti sessi-sessi jamming lain di Hepi ;) makeshift studio. Terutamanya aku yang asyik lupa lirik dan chords, walaupun untuk lagu-lagu yang selalu dimainkan ketika jamming (The Trooper, Ranggi Metropolis).
Mungkin faktor pesan Mrs. Ijau supaya "jangan balik lambat" menyebabkan aku kurang menumpukan perhatian. Begitu juga dengan Bob Kandar yang pukulannya agak kurang mantap, Bob kata pasal studio ni tidak menyediakan double-pedal (lain kali bawalah double-pedal sendiri heh).
Dan seperti studio-studio sewa yang lain, gitar-gitar di studio ni tidak diselenggarakan dan tidak dijaga dengan baik (out of tune, high action, improper pickup heights) walaupun nampak masih baru. Tapi sekurang-kurangnya remaja-remaja di Bintulu kini mempunyai opsyen untuk jamming selain Studio Amazika (semenjak studio jamming Zoso Music dah tutup). Lepas ni kalau kami malas nak setup Hepi ;) makeshift studio, mungkin kami akan jamming di studio ni.
_____
Ada apa: Korawk band, lain kali kalau nak jamming di Z Studio ni sekurang-kurangnya bawa tuner gitar sendiri...
5 komen:
Dinding studio cute. Hijau putih.
sori bro aku x dpt join korang masa sesi jamming ni
dalam studio lebih terang dpd luar studio...
dr. ben:
mmg ceria, tp kuat berbau ubat gegat @ naftalena
adi:
amp studio ni lg best dari studio "A"
bro sub:
dlm studio snap guna cybershot, luar guna k618i
kalo mcm tu kita lain kali jamming kat studio A saja la bro hahah
Post a Comment