Diperolehi menerusi website Richter Strap dengan diskaun 15% bersempena Black Friday dan yang penting pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25). Tanpa kedua-dua diskaun dan pengeposan percuma tadi mungkin aku tidak tergerak hati untuk memesannya. Harga? Dengan diskaun tadi, harganya murah sedikit berbanding harga pasaran strap Mono Betty.
Material utamanya ialah kulit (lembu) dengan logo oni "Ibaraki" Trivium dan initial MKH. Lebarnya 6 cm dan panjang maksimum sehingga 145 cm, cukup panjang untuk pakai ala londeh.
Ada lagi beberapa strap Richter signature yang menarik, tapi harganya agak premium. Model mampu milik lain yang tewas ialah #1440MKH, #1502PG (Paolo Gregoletto) dan #1566-#1568 (Motörhead).
Ia lebih menyerlah jika dipakai bersama-sama gitar Les Paul berbanding gitar lain. MKH merupakan artis Epiphone, sudah pasti ia afdal dipakai bersama-sama Goldie atau Nightfall.
Strap kulit begini lebih kepada estatika/kosmetik berbanding ergonomik. Tapi ada satu perasaan yang pelik (maybe prestige) bila menggalas gitar dengan strap kulit berbanding material lain.
Tapi pastikan ada mekanisma pengunci tambahan untuk strap anda (strap-lock). Strap mahal pun tak guna kalau terlepas daripada strap button dan gitar anda menjunam mencium lantai, aku pernah melaluinya...
_____
AADI: Bercadang untuk buat strap sendiri.
0 comments
Post a Comment