Antara sebab aku tak suka strap gitar yang bukan daripada material kulit (keseluruhan, atau *hujung sahaja) ialah ketahanannya. Contoh paling ketara ialah strap
Mono Betty ini, walaupun harganya premium tapi tak sampai tiga tahun diguna sudahpun menunjukkan tanda-tanda merekah.
Aku tak pasti apa material asalnya, sintetik macam getah tapi yang pasti bukan kulit, mungkin untuk menepati citarasa pengguna
vegan. Mungkin juga ia kesan kerana selalu menggalas gitar-gitar berat -
Nightfall (4.2 kg), ex-
Johnny (4.7 kg), ex-
Francesco (4.9 kg).
 |
Oktober 2017, dipadankan bersama-sama Loxx. |
Aku bercadang untuk menghantarnya ke tempat membaiki kasut kulit selepas
PKP kelak. Tapi dijadikan cerita, kebetulan ada seorang rakan sekerja yang otai (Pak Abu) waktu PKP ini mula berminat bermain dengan kulit, buat wallet, sarung handphone, vape, dll. Mencari hobi baru penghilang bosan katanya. Betty ini menjadi satu daripada platform untuknya belajar menjahit kulit.
Walaupun agak amatur, tapi sekurang-kurang aku kembali yakin untuk menggalas gitar dengan Betty ini. Sekiranya sintetik asal tadi tewas, masih ada saving grace gitu... Akan digunakan bersama-sama gitar yang ringan untuk mengurangkan risiko.
_____
AADI: *Kulit pada hujung strap Dunlop masih bertahan 10 tahun tanpa sebarang kerosakan.
0 comments
Post a Comment