Sebagai seorang peminat gitar Epiphone Les Paul dan singlecut secara amnya, memiliki Les Paul Custom merupakan idaman, lebih-lebih lagi kemasan alpine white atau silverburst.
Imej cilok blog Dead Eye Guitars. |
Ingin mencari model pra-2020 yang rata-ratanya sudah tiada dalam pasaran (platform online). Kebanyakan yang ada semua model baharu 2020 dengan harga yang melonjak naik disebabkan faktor headstock Kalamazoo terkini yang lebih trending, fretboard ebony dan isu global semasa.
Bernasib baik terjumpa seunit Les Paul Custom model 2008 di Sandman Guitar Centre, Batu Pahat. Bukan alpine white atau silverburst, tapi versi *Plus Top vintage sunburst yang juga rare (discontinued). Kotak dalam entri wordless wednesday yang lepas adalah kotak gitar ini.
Diperolehi dengan diskaun 20% kerana stok lama (new old stock) dengan hardware yang sedikit teroksida dan kemasan pikap yang sudah mula lusuh. Berbekalkan dana-dana jualan ex-Mr. Smith (Jackson SDX) aku terus menarik picu sebelum dirampas benda lain. GLTL, biasalah...
Tuning machine head Grover Rotomatic standard untuk gitar-gitar Epiphone. Menurut nombor siri 08101508616, gitar ini keluaran ke-8616 kilang Qingdao (15) bulan Oktober 2008 (0810). Lebih senior berbanding Goldie dan ex-Nightfall yang kedua-duanya keluaran 2010.
Aku menjangkakan gitar ini berat kerana full thickness dan double bound, tapi ironinya ia hanya 3.5 kg seberat sebuah Eclipse, lebih ringan berbanding Goldie 4.0 kg (atau 3.9 kg dengan pikap Alumitone). Adakah badannya chambered, weight relief?
Dan sebagai model 2008, ia masih lagi menggunakan pikap Alnico Classic, selepas 2012 model Custom digantikan dengan Custom Pro yang menggunakan pikap ProBucker. Taklah nampak lusuh dan teroksida sangat warna gold pada bridge dan stoptail.
Fretboard rosewood yang bersih tetapi kering kerana tergantung berbelas tahun tanpa sebarang rawatan, akan disapu minyak lemon kemudian. Material inlay pada fret ke-19 nampak seperti plastik berbanding pearloid pada inlay fret lain. Adakah ini kesilapan kilang atau disengajakan? Sebab Goldie aku pun ada kes macam ni, tapi pada inlay fret ke-15.
Standard pakej Epiphone disertakan dengan manual pengguna, poster besar Epiphone dan seunit kabel gitar. Seperti biasa, akan ada pembelian sampingan set tali gitar, kali ini GHS Boomers GBL dengan diskaun tambahan 5%.
Semasa proses servis dan setup, didapati sticker plastik penutup pikap bridge telah merosakkan saduran pikap akibat terlekat terlalu lama, pikap neck masih dapat diselamatkan. Tapi tak mengapa, yang penting kedua-duanya masih berfungsi.
Ya, set pikapnya ialah Epiphone Alnico Classic (57CH/HOTCH) buatan BHC. Route kaviti pikap yang kemas bercat konduktif. Tunggu sehingga ada sessi jamming untuk mengetahui prestasi pikap ini.
Manakala veneer flame maple nampak ke-3D-annya dan seakan-akan berombak. Tak nampak sangat berapa tebal maple top dek tertutup cat konduktif tadi.
Begitu juga dengan routing "isi perut" agak kemas juga bercat konduktif, hanya wayar-wayar yang diikat ala kadar. Untuk elektronik (pikap dan isi perut) akan dibiarkan seadanya selagi tiada masalah.
Pickguard dibuka supaya kemasan nampak lebih menyerlah. Dibersih, digilap, action direndahkan, ditala dan diintonasi pada talaan E-standard. Telahpun dipasangkan dengan set tali baharu Gibson Brite Wires 9-46 oleh Sandman sebelum penghantaran
Nickname? Dengan penampilannya kontras kuning-hitam dan berbelang seakan-akan harimau, ia akan digelar gitar rimau TIGERA. Gitar/bass dalam axology aku kembali menjadi sembilan, amat bertentangan dengan matlamat 2020 purge, bahaya ni, hehehe...
_____
AADI: *Pernah terGAS sebuah Les Paul Standard Plus Top vintage sunburst.
0 comments
Post a Comment