Dibawa sendiri dari Rawang ke SS City Hotel pagi Jumaat minggu lepas oleh seorang ahli Jamtank Facebook yang juga merupakan rakan sekelas USM dulu. Sambil micro-reunion sekejap setelah lebih 15 tahun tak jumpa. Harga pun harga kawan-kawan.
Serius, mula-mula terjerumus dalam hobi kegitaran ni aku memang tak suka bentuk Telecaster. Tapi mungkin sebab hukum karma atau faktor usia membuatkan bentuk Telecaster kini nampak menarik, beauty is in the eye of the beholder, kan?
Ok, selain faktor mojo Telecaster itu sendiri, faktor harga (60% lebih murah berbanding unit baru) juga merupakan penggerak untuk aku mendapatkan gitar ni selepas diiklankan di Jamtank. Aku taklah berapa mengikuti John 5, tapi Telecaster J5 ni memang dicipta untuk muzik metal, sesuai dengan tema warnanya hitam dan krom.
Spesifikasi boleh rujuk website rasmi atau entri Dead Eye Guitars (abaikan komen aku ketika itu). Ini merupakan gitar jenama Squier pertama aku, berpuas hati dengan kualiti pertukangannya, yang pada pendapat aku setanding dengan siri Classic Vibes.
Fizikalnya masih boleh dikatakan 8.5/10, cuma banyak calar-calar halus dan 2-3 lekuk kecil pada badan. Pickguard logam "mirror finished" tu juga banyak calar-calar halus, pastinya kesan pick. Tapi tak mengapa (parap-parap), fizikal sebegini sesuai dijadikan workhorse, gitar projek atau belasahan.
Beratnya 4.7 kg, gitar aku yang paling berat setakat ini. Untuk perbandingan; Goldie 4.0 kg, Mirage 3.5 kg, Calypso 3.7 kg, Tommy 3.2 kg dan Korina 3.6 kg. Mungkin disebabkan badannya seketul kayu alder padu dan ruang kaviti yang minimum.
Cuba untuk membiasakan diri dengan bridge jenis 6-saddle seperti gambar di atas, agak kurang selesa untuk palm-mute (rasa tajam), action perlu ditinggikan sedikit.
_____
AADI: Kuota 4 dah bubar...
4 komen:
wow
tahniah
fuh!!...dalam bermegadeth...sempat juga tambah gitar...
Wah..balik srawak bkn tgn kosong eh.bwk balik tele.dia punya terujaan tu bila dah ada kat tangan tak dpt nak bayangkan..heheh
wow cantik gitar ni
Post a Comment