Selepas Mephisto mendapat tuan baru Sabtu lepas, semalam giliran Kelly Kelly pulak yang telah pergi menemui tuan barunya, seorang gitaris daripada kugiran underground KK - Pentuzera (yang ada main waktu gig Sickening Art yang lepas).
Kalau ikutkan pendapat peribadi, Kelly Kelly ni memang gitar yang selesa dan seimbang, dan senang untuk dimainkan disebabkan ia mempunyai jumbo frets. Kalau bukan pasal kes malas-aku-nak-cerita hari tu memang aku tak nak jual Kelly Kelly ni.
Maka berakhirlah kisah cintaku dengan Kelly Kelly. Semalam tuan barunya agak teruja dengan Kelly Kelly ni (yang masih baru), lepas test power dua-tiga round tak banyak cakap terus confirmed! Hahaha... Memang senang nak cari buyers kat Sabah ni, especially bila ada network di kalangan mat-mat Metal yang sememangnya sedang mencari gitar berbentuk ekstrim. Credits to Oriaj too...
_____
Ada apa: Nak beli gitar apa pulak lepas ni? Chait! Simpan duit, setelkan kahwin dulu...
3 komen:
welcome to xiphos
matai la ini matchiam... baru tutup lobang mau gali lobang lagi ka?
kita sama2 dah takde Kelly...
Post a Comment