Sejajar dengan
azam kegitaran tahun ini iaitu untuk mengorbankan haluan bass, maka apa-apa gajet yang berkaitan dengan bass akan *dilepaskan. Kali ini giliran Zoom
MS-60B yang telah berada dalam axology lebih tiga tahun tapi masih nampak baru.
Telah diiklankan dalam Facebook sejak bulan Julai, pernah beberapa kali dihubungi oleh pembeli yang tidak berpotensi (jenis tak pandai meng-Google) dan jenis mengayam-keluar (chickening-out - janji nak beli, tapi tak jadi beli). Dan akhirnya malam tadi perjanjian dimeterai dengan seorang bassist dari KL melalui perantaraan grup
Bass For SALES!!! (Malaysia).
Rasanya aku pernah gunakan pedal ini 3-4 kali sahaja untuk persembahan awam iaitu semasa
Gig Raya Warung Deli,
Glam Rock Nite dan sessi rehearsal
Sarawak Rock'n Mob 2018, selebihnya terperap dalam simpanan. Selepas ini ingin berusaha untuk melepaskan pedal-pedal stompbox gitar yang tidak digunakan.
_____
AADI: *Ya, sudah pasti akan di-GLTL-kan.
0 comments
Post a Comment