Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac 2010. Dan pastinya bulan Mac tahun ni aku boleh dikategorikan sebagai rookie bassist dengan satu tahun pengalaman, hahaha! Serius beb, aku baru je setahun main bass (dan gitar) ni... Saya budak baru belajar, kalau salah, salahlah... Apa boleh buat? Belajarlah lagi (pembelajaran sepanjang hayat).
Mac tahun lepas aku ambil keputusan untuk berkecimpung dalam hobi dunia kegitaran ni setelah lama memendam perasaan (chewah) dan jugak untuk mengisi masa lapang (hujung minggu kat Bintulu ni memang membosankan).
Alhamdulillah, selepas setahun ni walaupun banyak steps aku skip (dan berapa banyak duit dah aku laburkan)... Bermula dengan zero knowledge, sekurang-kurangnya sekarang aku sudah boleh main bass untuk beberapa lagu. Walaupun suatu ketika dulu aku pernah putus asa nak belajar main gitar sebab tadak bakat.
Yup, video YouTube kat atas merupakan RACUN utama yang membuatkan aku menceburkan diri dalam hobi dunia bergitar. Selain daripada itu aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih seperti dalam entri ni.
Ada orang tanya, bassist mana yang jadi inspirasi untuk aku main bass ni? Steve Harris? Lemmy? Cliff Burton? Jason Newstead? Emma Anzai? Sharlee D'Angelo? Eddie Wings? Jay Jay? PQot Thundergirl? Bukan... Sebenarnya Marco Hietala (Tarot, Nightwish). Selain daripada bermain bass, Marco jugak mempunyai vokal yang power... Bassist dan jugak vocalist, hmmm... (Warwick Infinity NT... slurrrp!~)
Imej Wikipedia.
Walaupun aku berjiwa metal, tapi aku jugak teringin nak main bass dengan irama jazz, classical, rock & roll, funk dan reggae. Tunjuk ajarku sifu!
Kronologi (so far)
- Mac 2009 - Ambil keputusan nak cuba main bass sebab susah nak belajar main gitar
- 25/3/2009 - My first bass set - Ibanez GSR190J Jumpstart nickname: Crows
- 16/4/2009 - My first bass multi effects - Zoom B1X Bass Effects Pedal
- 26/4/2009 - Sessi jamming pertama
- 9/6/2009 - My first classic guitar - Pepatung XA Classic nickname: Nandung
- 1/7/2009 - My first guitar multi effects - Zoom G1X Guitar Effects Pedal
- 9/7/2009 - My first electric guitar - Ibanez Gio Roadgear GRG270 nickname: Mephisto
- 18/7/2009 - Sessi jamming pertama bersama-sama Mephisto
- 9/9/2009 - My second multi effects, a big one - Korg AX3000G Modeling Signal Processor nickname: Behemoth
- 10/10/2009 - Ubahsuai bilik UV-Vis jadikan makeshift studio untuk jamming hujung minggu
- 3/11/2009 - My first guitar amp - Roland Micro-Cube nickname: Little Big Man
- 3/12/2009 - My second bass multi effects - Zoom B2 Bass Effects Pedal (letgo my B1X, upgrade to B2)
- 26/12/2009 - My second bass, powerful and my current bass - Ibanez Iceman Bass ICB200EX nickname: Black Ice (letgo Crows, upgrade to Black Ice)
- 30/12/2009 - My first distortion stompbox - Vox Satchurator Joe Satriani Distortion (letgo my G1X, downgrade to stompbox)
- 7/1/2010 - Kali pertama "ikut tumpang glamour" tengok Manggas praktis kat BRC. Telinga aku tengiang-ngiang bengal selama 24 jam dek kebingitan muzik Manggas. Lepas insiden ni aku siap-siap stok sepasang ear-plug kat dalam setiap gigbag
Dua orang inilah yang paling banyak menabur racun dan menjadi sumber inspirasi... Hahaha!
Sorang kata hentam sajalah Labu! Sorang kata luahan rasa mengikut kata hati sendiri...
- 19/1/2010 - My second electric guitar - SX Pirate Series PEG2 Les Paul Copy nickname: Les Pirate
- 31/1/2010 - Sessi jamming yang paling best dan hepi ;) siap rakam dua video cover lagu The Trooper dan Sejati. Terima kasih atas komen-komen membina geng-geng bloggers.
- xx/3/2010? - Sempena ulangtahun pertama ni, aku nak raikannya dengan gitar baru (dana yang sepatutnya untuk Dean VMNTx tapi dah kensel dan tambahan daripada dana hasil jualan Les Pirate). Gitar apa? Shape apa? Brand apa? Hehehe sama-sama kita nantikan...
Ya aku tau, aku ni kejap beli, kejap letgo, beli lagi, letgo lagi... Ntahlah macam susah aku nak terangkan. Tapi rasanya aku boleh terangkan dengan sebaris ayat "aku punya duit, aku punya suka lah!". And thanks to Tom Satchman, Amizan of CK Music, Engbok of yNot Studio and Calvin Dead Eye Guitars for supplying me with cheap, good yet high quality exotic equipments!
Sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih atas segala komen-komen membina, racun, cabaran, kritikan, kutukan dan sokongan anda semua. Moga tahun-tahun mendatang aku akan lebih tekun menimba ilmu-ilmu muzik dan belajar sesuatu yang baru. Rock on! \m/
_____
Ada apa: Siapa sudi jadi mentor aku?
8 komen:
cayalah!bassist utk satu band penting di masa hadapan..
in the making!
\m/
Fuyooo...ni kira zero to hero bassist le ni..
ooo nightwish bassist..
aku suka satu live show tu, dia cakap tarja gi toilet, so terus dia vokals bawak lagu ozzy crazy train
no komen....
kordi pakcik:
aku xmenaruh harapan tggi, aku main cuma utk suka2, skdr hobi mengisi masa lapang... yg pntg hepi ;)
skid:
blm hero lagi... baru rookie
deaf_angel:
tp lagu yg plng femes dia cover - high hopes (pink floyd)
jairo:
jai, rileks pelan2 bah
metcham2...
Baik main balik gitar tu. 4 jam sehari gerenti boleh hidup segar suma jari. Rugi la aku rasa main bass. X puas la...
agak2 dah kawin nanti berterusan tak hobi ni..hehe
mhagnoth:
aku rasa hang xphm kot, bass & gitar kedua2nya aku start blajar tahun lps. cuma gitar lmbt sket bln 6-7 kot
berteromber:
insyallah main lg, sbb ia stakat hobi sj mcm memancing, fotografi.
komen *ehem2* yg plng best 'jgn smpi menjejaskan periuk nasi dahla'
Post a Comment