Terlajak lapan? Satu berjaya dilepaskan baru-baru ini. |
Walaupun boleh dikategorikan sebagai pedal geek, tapi untuk jamming dan gig, aku jenis minimalist, hanya guna 2-4 ketul stompbox atau multi-fx sahaja. Sebab itu mendapatkan Boss GT-1 untuk menggantikan multi-fx flagship aku Line 6 Pod HD300 yang dah kaput beberapa bulan lepas.
Modifikasi, setup, servis gitar sendiri, aku rasa aku cemerlang dalam bab ini. Hampir kesemua gitar-gitar aku memiliki modifikasi tertentu terutamanya pikap. Ia juga sebahagian daripada kepuasan diri, dan kerana aku boleh (because I can). Selain gitar sendiri, ada juga rakan-rakan menghantar gitar mereka untuk diservis atau modifikasi.
2) Sosial - Tidak disangka hobi ini yang pada mulanya hanyalah bedroom oriented untuk mengisi masa lapang, kini menjadi hobi utama yang agak serius (dulu hobi utama PC gaming). Melalui hobi ini juga aku lebih bersosial berbanding kaedah lain, aku ni jenis introvert agak susah nak bersosial sebenarnya.
Bermula dengan mengenali Adi Herman (entri khas) aku mengenali Korawk, geng Bintulu Buskers, Bintulu Independent Music Movement, Metuk Ulau Projekt Classic, Curse Of God, Ana & The Scene, Erectus, Majestica dan ramai lagi rakan-rakan scene underground Bintulu. Melalui Bob Kandar pula, aku kenal geng-geng otai Bintulu Rockers Re-Union dan Pemuzika.
Tak lupa sosial secara online, melalui hobi ini aku kenal Bro Sub, Yustech GT, Calvin (Dead Eye Guitars), Clement (Gapnap), Miss Ng (Pusat Muzik Reco), Engbok (yNot Studio), Fazlie (Kakis Store), Asno (Gitar Kopak), Nonuz dan berkenalan dengan beberapa lagi kaki gitar melalui Facebook Jamtank.
3) Kemahiran - Tak banyak atau tiada perkembangan langsung setahun dua ini, seperti biasa hanya tahu open chords, power chords, pentatonic scales dan variasinya (blues, Hirajoshi). Apa yang aku pelajari biasanya jenis muscle memory dan bukannya berasaskan teori, kalau aku tak hafal, habislah kantoi.
Lagipun dengan gaya hidup aku sekarang, agak susah untuk curi-curi masa berlatih kemahiran baru. Paling-paling pun dapat pegang gitar untuk beberapa minit selepas balik kerja, strum (unplugged) lepas gian (bukan gain), sebelum dipanggil oleh Mrs. Ijau atau anak-anak untuk urusan kekeluargaan.
LTD vs. Ibanez.
Tapi dari segi sasaran peribadi, rasanya aku sudahpun mencapai sasaran seperti yang pernah ditetapkan dalam entri sembilan tahun lepas (abaikan gaya penulisan ketika itu):
"dari dulu dgr lagu2 metal/rock skali-skala terasa gak nak main gitar lyn lagu rock sambil hangguk2 kepala..."Sekarang dah boleh main beberapa lagu Iron Maiden kegemaran The Trooper, Wasted Years, 2 Minutes To Midnight, Fear Of The Dark, dll. Sambil solo bergilir-gilir dengan Azrol.
4) Kugiran dan kolaborasi - Aku agak kurang selesa untuk berkolaborasi dengan ahli muzik lain, kerana biasanya mereka beranggapan tahap kemahiran aku setanding dengan mereka, sedangkan sebaliknya. Contohnya, pernah jamming sekali-dua bersama Manggas, walaupun sekampung dan ada pertalian keluarga, tapi seperti tiada keserasian (chemistry) atau kegembiraan berbanding bersama-sama rakan MUP.
Bloggers Bintulu. |
_____
AADI: Rock on! \m/
4 komen:
perghh tabik.. banyak gitar tu..
hobi orang ada ada ni...hahaha....
Aku suka tgk explorer tu
Terima kasih pada tuan yang banyak memperkenalkan maklumat diluar hobi seperti jenama minuman,album dan sebagainya. Moga ada umur untuk 9 tahun lagi ke hadapan.
Post a Comment