Axology
Sepanjang tahun lepas, axology aku mengalami perubahan drastik, kesemua gitar-gitar aku Abominations, Black Ice, Replacement dan Ashdozen dah di"let-go" sepenuhnya (atas sebab-sebab tertentu) dan diganti dengan Goldie, Clover dan Mirage (dua gitar satu bass kira cukuplah tu kan?).

Tak lupa juga beberapa gajet tambahan (stompboxes, multi-effects, cases). Dan disebabkan Hepi ;) makeshift studio dah diberhentikan operasinya, kedua-dua amp besar aku CR50BXT dan VT40+ juga terpaksa di"let-go" demi kebaikan penjual dan pembeli.
Credits to Calvin (Dead Eye Guitars), Clement (.gapnap/Music Master), Bro Amizan (CK Music), Engbok (yNot/MMO Music), Jo (NoobAxe), LYN user (Ashportal, soad_vs_incubus) for the gears!

Tahun lepas juga aku memulakan projek menaiktaraf pikap gitar-gitar aku menggunakan jenama Tesla (AH-1, Plasma-2, Plasma-1/VR-1/VR-Extreme) dan DiMarzio (DP103/DP100) awal Februari lepas.

Suatu kepuasan terasa bila projek yang dijalankan menjadi dan hasilnya seperti yang dijangkakan. Seperti biasa kalau bab ni Bro Sub (The Guitar Addict) dan Yustech merupakan pengaruh utama.
Music Life
Semenjak Hepi ;) berkolaborasi dengan geng-geng Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) bulan September lepas, tugas bassist digalas oleh Adi Herman yang lebih berpengalaman, manakala aku pula lebih selesa menjadi "gitaris ketiga" selepas Azrol dan Naz Korawk untuk mencukupkan korum "three amigos" - kolaborasi ini secara rasminya kami namakan Metuk Ulau Projekt.

Dan dengan menggunakan nama Metuk Ulau Projekt ni, secara tidak langsung aku dah turut serta dalam pergerakan komuniti muzik bawah-tanah Bintulu (Bintulu scene) disebabkan Adi Herman dan Korawk merupakan antara yang berpengaruh dalam komuniti ni. Tanpa mereka, mungkin aku tak akan merasa bagaimana pengalaman "adrenaline-rush" waktu menyertai gig.
![]() |
Imej cilok. |
Yang jelas, Bintulu scene ni agak "colourful" dan lebih meriah (Heavy Metal, Rock Kangkang, Deathcore, Buskers, Reggae, Ska, Indie, Alternatives) jika dibandingkan dengan Sibu dan Mukah scene yang agak ganas dan gelap (Black, Death Metal).
Tapi aku dah jarang main bass, rookie bassist tu dah agak kurang sesuai la pula. Apa-apapun... Scream for me Bintulu! \m/
_____
Ada apa: Masih rookie lagi ni...
2 komen:
Terima Kasih pengiktirafan yg di berikan..keep rockin and modding.
nasib bukan band OTakkk haha,anyway congrtas untuk 3 tahun yang colourful ijau :D
Post a Comment