Diperolehi daripada Gapnap, berbekalkan dana-dana hasil GLTL Johnny beberapa minggu lepas. Perolehannya begitu lancar sekali, cuma lambat sampai disebabkan perkhidmatan penghantaran yang sudah tidak laju, sepatutnya sampai sebelum cuti CNY lagi.
Semasa dirilis tahun lepas, aku agak tertarik dengan dimensi dan saiznya yang sebesar Pedaltrain-Nano dengan layout yang agak kemas.
Pakej asal tidak disertakan dengan adapter (dijual berasingan), tapi bersempena promosi tertentu, adapter PSA compatible ini disertakan. Aku dah ada adapter Boss PSA-230 yang original, Zoom AD-16E pun aku rasa jenis PSA compatible.
Juga boleh dikuasakan menggunakan empat biji bateri AA yang disertakan sekali (GP Alkaline, bukan Panasonic di bawah). Dalam manual, untuk bateri jenis alkali boleh bertahan sehingga tujuh jam penggunaan. Mungkin aku akan cuba guna bateri rechargeable untuk sessi jamming akan datang, berapa lama ia mampu bertahan dengan penggunaan berterusan?
Panel I/O yang ringkas, AUX IN (auxiliary input), PHONES (out), output stereo. Tidak memiliki DI output, tetapi jenis output boleh dipilih bersesuaian dengan backline yang digunakan, sama ada amp (JC-120, small amp, combo, stack), effects return atau line (mixer, recording, PA system).
CTL2,3/EXP2 boleh digunakan bersama-sama foot switch Boss FS-6/7 untuk mengawal parameter tambahan. Juga boleh digunakan untuk expression pedal jenama lain contohnya Zoom FS-2. Juga memiliki USB port untuk disambungkan dengan PC atau laptop untuk kegunaan update firmware, aplikasi Boss Tone Studio atau recording DAW.
Walaupun amp modelling yang ada tidak sebanyak yang ada pada RP360, tapi sudah cukup untuk muzik yang aku mainkan. Yang penting ada modelling AC30, 1959 Plexi, 5150, R-fier dan acoustic simulation, selebihnya nasi tambah. Juga memiliki bunyi-bunyian beberapa pedal stompbox Boss terkenal.
Patches yang ada tidak kurang menarik, tapi kalau tak puas hati juga boleh pilih dan download beberapa patches liveset daripada selebriti terkenal seperti Steve Lukather, Alex Hutchings, Gus G, Marty Friedman, Jack Thammarat, Herman Li, dll.
Bab-bab teknikal, looper dan DAW mungkin aku boleh buat dalam entri lain (kalau rajin). Dengan adanya GT-1 ini, maka GAS untuk memiliki MT-2 terlebur secara otomatik.
_____
AADI: Serius, boleh muat dalam beg Pedaltrain-Nano.
0 comments
Post a Comment