Set pikap yang menjadi pertukaran ialah Lace Custom Shop HSS Alumitone (black pearl) loaded pickguard, katanya new old stock, dah lama diperolehi tapi tak pernah dipasang. Kalau unit baru menggigil juga tengok harganya.
Teknologi Alumitone ini agak unik, tapi bak kata DylanTalksTone, teknologi ini sebenarnya lebih murah berbanding teknologi pikap kontemporari.
Komponen yang digunakan berkualiti (CRL 5-way switch, 250k CTS pots, kapasitor tak pasti jenama apa) selain pematerian yang kemas mengingatkan aku kepada kualiti kerja mentor maya kita YusTech. Aku sampai sekarang masih terkial-kial untuk mendapatkan pematerian sekemas ini.
Daripada konfigurasi HSS set ini sudah pasti dapat tahu pada gitar mana ia akan dipasang. Tapi bukan dalam masa terdekat ini, mungkin akan dijalankan semasa proses pertukaran tali gitar seterusnya.
_____
AADI: Masuk khemah Lace pula.
0 comments
Post a Comment