Pernah dicuba modifikasi sebegini lima tahun lepas, tetapi ketika itu pot yang digunakan ialah DiMarzio EP1201PP. Selain bersaiz Alpha, ia juga jenis audio taper A500k yang (pada pendapat aku) lebih sesuai untuk TONE berbanding VOLUME.
DiMarzio EP1201PP. |
Untuk kali ini proses mengambil masa lebih lama berbanding biasa, walaupun pendawaiannya ringkas, tetapi pematerian dicuba sekemas dan sepremium yang mungkin termasuk menggunakan penebat tiub heat shrink.
Dibelanja dengan tali baru SIT Rock Light (9.5-44) dan ditala pada talaan E-standard yang lebih sesuai untuk gitar ini. Tali GHS PRDM yang dipasang dua bulan lepas masih bagus dan akan dikitar semula untuk gitar lain (mungkin Nightfall).
Mungkin juga akan direhatkan daripada "tugasan rasmi" seperti Goldie dalam entri semalam. Gitar utama sekarang ialah Nightfall dan Neon. Tetapi akan sentiasa dalam keadaan siap sedia (standby) jika mojo Charvel diperlukan.
_____
AADI: Bereksperimen dengan fungsi detune pada multi-effects.
3 komen:
Saya nampak solder pads pada Stew CTS PP menyenangkan pendawaian berbanding terminal pada satu lagi itu. Kenapa tidak paralell? Pada telinga saya humbucker coil tap agak rendah outputnya dari single sebenar. Melainkan memang menginginkannya.
kalau parallel, 1 pot dapat kontrol 1 pickup sahaja (setahu sayalah), kalau coil-tap 1 pot dapat kontrol 2 pickups
lagipun geram sebab projek single coil (EMG SA/SA/SA) sebelumnya gagal
ya tak ya juga. Benarlah apa yang dikata oleh anda. :)
Post a Comment