Walaupun ketika diperolehi untuk kali kedua aku pernah bercadang tidak akan melepaskannya, lebih-lebih lagi selepas proses unlocked/hacked dalam entri ini. Tapi selepas memikirkan beberapa faktor, terutamanya faktor standard "jarang digunakan", maka ia dilepaskan jua mengikuti jejak saudara-saudaranya MS-50G dan MS-60B sebelum ini.
Berpindah milik kepada seorang rakan sepermetalan dari Sarikei, yang juga gitaris band bawah tanah yang agak terkenal di Sarawak, juga orang yang sama memiliki ex-Korina aku hampir dua tahun lepas. Tapi tak mengapa, ia dikira sebagai meneruskan projek 2020 purge dan akan menjadi modal pusingan untuk mengorek lubang baharu.
_____
AADI: Lubang apa?
2 komen:
pernah guna ni dulu, serius otak aku lembap nak hafal function nya haha
multi-stomp MS-series antara pedal Zoom yang paling senang digunakan berbanding G-series
Post a Comment