Terjumpa video ini di YouTube...
Wow! Akupun cuba untuk mengaplikasikannya pada pedal MS-70CDR aku. Kebetulan hanya MS-70CDR sahaja yang masih ada dalam axology, berguna untuk efek-efek chorus/delay/reverb-nya. MS-50G dan MS-60B masing-masing telah dijual tahun lepas untuk dana-dana GLTL.
Dengan adanya "hack" ini, seketul Multi-Stomp cukup untuk cover ketiga-tiga versi MS yang ada. Slot efek-efek yang langsung tidak digunakan dalam MS-70CDR akan disisih dan digantikan dengan amp simulation dan distortion/drive yang selalu digunakan pada MS-50G dan MS-60B.
Dengan kata lain aku boleh menggunakan kembali patch Zoom kegemaranku pada MS-50G (masih ada simpan setting peribadi) yang telahpun digunakan sejak zaman G2Nu/G2.1Nu. Dan kembali membawa hanya seketul stompbox travelling light untuk *gig.
_____
AADI: *Itupun kalau ada gig lagi...
0 comments
Post a Comment