Seymour Duncan JB (TB-4) kontot dalam entri ini merupakan pikap yang sama dalam ex-Mr. Smith yang dilepaskan bulan April tahun lepas. Kenapa kontot? Ini kes tuan punya tak sabar nak tukar pikap, lalu mengambil keputusan untuk menyuruh "orang yang pandai elektrikal tapi tak ada pengalaman tukar pikap gitar". Jadinya, wayar pikap dipotong begini untuk "memudahkan kerja".
Biasanya pikap berjenama kalau dah kontot begini nilainya jauh menyusut, itupun nasib baik masih ada harga dan masih ada pembeli. Jadi aku dapat membelinya semula dengan harga yang murah (1/5 daripada harga asal).
Gambar atas sebagai rujukan panjang kabel asal JB ketika aku memasangnya. Ya secara sainsnya, kabel panjang dan bergelung begini akan memberi sedikit medan magnet pada litar (rujukan). Tapi nilai Tesla/Gauss yang dihasilkan tidaklah sampai tahap mengganggu medan magnet pikap dan litar secara amnya kerana voltan yang mengalir pun hanya beberapa mili Volt.
Ini juga sebenarnya merupakan projek semasa kuarantin, sama seperti restorasi Airbridge. Disambung dengan wayar 3-lead yang ada dalam stok aku (wayar untuk suis toggle 3-arah) panjang sekucupnya. Sempat dipasang sekejap pada Goldie (tak sempat gambar) untuk test power sebelum dikeluarkan dan diganti dengan set Alumitone/Deathbucker.
_____
AADI: Masih menunggu gitar perumah yang sesuai.
0 comments
Post a Comment