Aku dengar cerita, pedal ni pada mulanya bernama British Combo (hence, the BC acronym), dan ia direka untuk mensimulasi bunyi amp kombo AC British yang terkenal (Vox AC la tu~). Tapi entah kenapa nama British tu dibuang dan jadi Combo Drive.
Secara fizikal, tak ada apa yang menarik mengenai pedal ni. Rekabentuk sama sahaja seperti pedal-pedal Boss yang lain, cuma Boss dah kehabisan warna dan menggunakan warna merah maroon/burgundy yang kurang menyerlah.
Walaupun berstatus terpakai dan berdebu, tapi pedal ni masih nampak baru. Cuma tombol LEVEL saja yang agak bengkok tapi masih berfungsi 100%. Untuk separuh harga ia memang tak mengapa (parap-parap).
BC-2 ni pada asasnya bukanlah pedal distortion, tapi lebih kepada simulasi amp yang lebih dinamik. Dengan melaras tombol SOUND, kita akan dapat pelbagai bunyi ikonik "British", daripada clean, crunch dan drive Vox AC sehinggalah bunyi hi-gain Marshall JCM.
Ia akan menggantikan DS-1 sebagai distortion utama pada gigrig "real-men-use-three-pedals" aku. Bunyinya yang dinamik lebih sesuai untuk muzik yang selalu kami mainkan (notably NWOBHM of course).
_____
Ada apa: Lepas ni DS-1 dah boleh dijual untuk modal pusingan (GLTL).
0 comments
Post a Comment