Menarik picu untuk sebuah lagi pedal TC Electronic daripada website AV Electronics Marketing (AVEM) yang masih berdiskaun 50% (clearance) seperti pedal Ditto Stereo Looper sebelum ini, sebagai self-reward bersempena Hari Bapa beberapa minggu lepas.
Mulanya ingin menyasarkan pedal Helix Phaser, tapi memilih Vortex Flanger terlebih dahulu kerana dengan genre muzik yang aku mainkan, efek flanger lebih digunakan berbanding phaser terutamanya efek seakan chorus.
Seperti pedal-pedal TCE lain yang memiliki opsyen TonePrint, pedal ini juga dibekalkan dengan kabel mini USB untuk memindahkan TonePrint yang dimuat turun daripada website TonePrint Library ke dalam pedal.
Pedal TCE yang ketujuh dalam koleksi, jika ada pedal-pedal TCE lain masih dijual dalam julat harga sebegini, memang berbaloilah dikumpul perlahan-lahan. Kalaulah pedal Dreamscape atau Corona Chorus berharga begini...
_____
AADI: Lama tak jamming.
0 comments
Post a Comment