Aku agak kurang mesra dengan gig-rig jenis stompbox, sudah beberapa kali dicuba (tujuh kali percubaan sebelum ini #1, #2, #3, #4, #5, #6, #7). Tetapi akan sentiasa kembali menggunakan multi-effects untuk persembahan pentas atau gig/live kerana posisi aku yang biasanya menggalas dua tugas vokalis + guitar/bass perlukan rig yang ringkas. Tapi sebagai pedal nerd, memang teringin juga gig-rig seketul-seketul begini.
Ada ruang untuk satu pedal mini lagi. |
Hero utama rig ini ialah Fly Rig PL1, yang ternyata amat cemerlang untuk kegunaan gig. Pedal-pedal TC Electronic hanyalah sebagai sokongan dan Cry Baby pula sebagai "hiasan" aku bukannya pandai main wah pun hahaha...
Kesemuanya dipasang pada pedal-Drain longkang v2.0 sebagai percubaan. Jika serasi, barulah dibelanjakan dengan sebuah pedalboard yang sesuai (Pedaltrain Metro, Mooer TF-16/20, Nu-X Bumblebee, dll) dan kemudiannya memikirkan punca kuasa yang sesuai, sekarang ini masih menggunakan 9v adapter dan daisy-chain sahaja.
_____
AADI: Bila terasa makin kompleks, kembali guna multi-effects, pi mai pi mai tang tu.
0 comments
Post a Comment