Berpuas hati dengan layout TC'ed Fly Rig dalam entri ini, tapi OCD aku mahukan sebuah pedalboard yang "proper" berbanding pedal-Drain longkang v2.0, maka tertariklah picu untuk mendapatkan pedalboard Warwick Rockboard Tres 3.1 ini.
Diperolehi daripada Swee Lee dengan pengeposan percuma, sekaligus mengalahkan calon-calon lain daripada jenama Pedaltrain, Mooer dan Nu-X.
Ia dipilih kerana bentuk dan dimensinya, bersaiz 522 x 236 mm (ya ukuran metrik) *lebih daripada cukup untuk menempatkan TC'ed Fly Rig yang disebut pada perenggan pertama di atas. Disertakan dengan segulung hook-loop (Velcro) dan beberapa utas cable tie.
Memiliki patchbay untuk menempatkan modular MOD yang dijual berasingan. Ruangan bawah lantai yang cukup luas untuk menempatkan pedal power supply. Tapi itu semua projek naik taraf untuk masa hadapan, buat masa ini hanya mampu menggunakan daisy-chain.
_____
AADI: *Akan dibuatkan entri IDK gig rig #9 kelak.
0 comments
Post a Comment