10/01/2026 - Genap tiga tahun aku menyertai PS Boxing Club, kali ini sudah boleh terima kenyataan yang aku boleh mampu bertahan dan bersukan tinju pada usia kini lanjut 40-an. Ada tikanya hanya mampu satu sessi seminggu, selalunya dua sessi dan juga pernah penuh tiga sessi seminggu. Waktu sakit (demam, cedera) rehat, tak perlu paksa diri.
Kondisi lutut pun kini sudah boleh dikira tidak lagi membebankan, hanya perlu kurangkan warm-up skipping dan diganti dengan warm-up ala zumba untuk mengurangkan beban pada lutut. Pemakaian kasut bermula sessi bulan Disember juga sedikit sebanyak membantu.
Dalam tahun lepas PS Boxing ada dua kali pertukaran juru latih. Bermula dengan coach Ting sejak gym lama (Vortex), diganti dengan coach Aman Koboi pertengahan tahun dan kemudiannya penghujung tahun diganti oleh coach Dee. Masing-masing dengan cara mereka yang berbeza, coach Ting lebih kepada endurance/stamina, coach Aman lebih kepada defense/toughness, manakala coach Dee lebih kepada striking.
Cuma aku agak "rindu" dengan coach Ting, sebab dia paling peka dengan tahap kemampuan dan perkembangan anak didiknya dari zero knowledge sehingga mampu hard sparring. Dengar-dengar coach Ting kini ada kelab tinju lain, di gym lain.
Ya, sehingga kini masih lagi memegang takhta sebagai ahli paling tua, namun sudah kurang digelar "Uncle" dan diganti dengan gelaran "Abang Ali". Mungkin disebabkan faktor umur aku dan coach Dee tak jauh beza.
Harapanku masih sama, tetap konsisten demi menjaga kesihatan lebih-lebih lagi ketika usia lanjut 40-an ini. Pencapaian-pencapaian lain, masih sama seperti entri tahun lepas. Tahun ini perlu lebih berdisiplin mengawal pemakanan, terutamanya pengambilan gula dan karbohidrat.
_____
AADI: Malam tadi merupakan sessi pertama 2026.





0 comments
Post a Comment