10/01/2025 - Genap dua tahun aku menyertai PS Boxing Club, tak sangka masih boleh bertahan walaupun kini hanya menyertai satu daripada tiga sessi (malam Selasa, Rabu, Sabtu) seminggu. Kalau dapat dua sessi seminggu tu kira bonus.
Kebelakangan ini efek lenguh-lenguh badan pasca-sessi agak lambat dirasai. Biasanya pagi esok lepas bangun atau paling lambat sekitar 10-11 pagi, pelik. Kemudian memerlukan 1-2 hari untuk pulih (faktor usia?). Antara sebab dalam seminggu biasanya hanya mampu satu sessi sahaja seperti perenggan pertama tadi.
Apa pencapaian aku selepas dua tahun?
- Lebih bertenaga dan berstamina. Sudah amat jarang mengambil Berocca untuk hari-hari yang memerlukan tenaga ekstra seperti persembahan pentas/gig (terbukti ketika SMR 2024), gotong-royong dan pemanduan jarak jauh. Semput pasca-C19 pun sudah tiada.
- Otot lengan, bahu dan dada semakin membesar, tapi perut masih boroi (dad bod) kah kah kah! Cabaran tahun ini ialah cuba untuk mengawal pemakanan, terutama pengambilan gula, lemak dan karbohidrat.
- Lutut semakin kuat walaupun masih ber-osteoarthritis dengan ikhtiar suplemen. Cabaran mendaki Bukit Mesilou juga tercapai. Ada kalanya tidak lagi memakai pendakap lutut (knee braces) ketika sessi.
- Rambut perlu sentiasa pendek supaya lebih selesa setiap sessi, cukup dua bulan biasanya akan potong rambut sependek skinhead. Syukurlah aku masih ada rambut berbanding rakan seusia, cuma banyak ubanlah.
- Komuniti Bintulu Fight Team (PS Boxing, PS Muaythai). Selain geng-geng main muzik bawah/atas tanah Bintulu, sekarang aku juga selesa dengan komuniti ini dan boleh menyelit bersama-sama mereka jika ada acara di Bintulu. Jenis introvert seperti aku ini amat sukar bersosial dan bergaul dengan komuniti.
Harapanku sama seperti sebelum ini supaya aku tetap konsisten walaupun hanya satu sessi seminggu untuk menjaga kesihatan. Kalau penat, rehat, tak perlu nak paksa diri. Yang penting tidak putus asa.
_____
AADI: Luk tiwas selagik buleh!
0 comments
Post a Comment