Ramadhan tiba lagi, ahlan wasahlan...
Untuk entri Ramadhan special tahun ini dimulakan dengan Berocca. Ini antara pemakanan tambahan (dietary supplement) aku kebelakangan ini menggantikan Brand's Ca'ya yang kini sukar dijumpai. Kalau Berocca pula mudah didapati di premis-premis farmasi franchise seperti Watson's dan Guardian.
Aku mula mencubanya ketika pemanduan jarak jauh trans-Borneo (aka tour de Brunei) Disember tahun lepas untuk mengimbangi sindrom post-COVID bila mana badan cepat penat kerana semput. Tapi semenjak bertinju, sindrom tadi beransur pulih dan sekarang hampir tiada langsung.
Bila dah berumur 40-an, mahu tak mahu perlukan supplement sebegini pada hari-hari tertentu bila ada aktiviti yang memerlukan tenaga tambahan dalam masa yang sama lambat penat/mengantuk seperti ketika gotong-royong, persembahan pentas/gig dan pemanduan jarak jauh. Tapi jangan terkejut bila tengok warna air kencing menjadi kuning pekat seperti warna Berocca.
Juga boleh didapati dalam peket tunggal begini sebagai percubaan, biasanya dijual sekitar RM5-6 untuk dua peket. Untuk bulan puasa ini sebaiknya jangan diamalkan selalu pengambilannya ketika bersahur, hanya untuk hari-hari tertentu contohnya ketika mengemas rumah, shopping baju raya dan memandu balik kampung. Risau badan kita terlalu bergantung pada Berocca ini (addicted) berbanding nutrien daripada hidangan sahur.
_____
AADI : #BersahurBersamaBerocca
0 comments
Post a Comment