Minggu lepas (23-26/06/2023) sempat turut serta Bengkel Asas Tinju anjuran Bintulu Boxing Association bertempat di PS Boxing Club (atas) dan Vortex Fitness Gym (bawah). Jurulatih utama bengkel ini ialah Daeloniel Mcdelon yang lebih dikenali dengan nama timangan Kilat Boy.
23/06/2023 (Jumaat) - Hari pertama (malam sebenarnya) asas tinju seasas-asasnya; jab, cross, hook, uppercut, footwork. Langkah seakan-akan poco-poco pun ada. Kehadiran budak-budak team PS Muay Thai menjadikan sessi ini agak meriah.
24/06/2023 (Sabtu) - Sepatutnya sessi pada sebelah pagi, tapi ramai yang mahu sebelah malam kerana urusan hari Sabtu. Malam kedua ini lebih kepada teknik mengelak dan menangkis; slip, duck, roll, lean, block, parry.
25/06/2023 (Ahad) - Hari ketiga lebih mencabar kerana latihan roadwork - jogging dan latihan ketangkasan kaki (seperti latihan futsal) bertempat di tempat letak kereta belakang Vortex Gym di bawah panas terik mahatari 9.00-10.00 pagi. Sudah lama tidak terlibat latihan begini...
Kemudiannya latihan resistant bertempat di Vortex Gym. Tak ramai yang turut serta sessi hari ini kerana faktor pagi Ahad. Habis sessi sempatlah melepak santai-santai bersama Kilat Boy dan rakan-rakan lain.
26/6/2023 (Isnin) - Malam terakhir pula latihan tactical sparring. Seperti biasa bila sessi sparring, staminalah yang paling utama. Tiga minit setiap pusingan terasa agak lama bila kehabisan stamina.
Sebagai peserta paling tua veteran, gelaran "uncle" itu sudah melekat. Bila tengok budak-budak belasan tahun turut serta, teringin nak bawa anak dara aku si Lil'Ijau bersama (tapi maknya tak bagi). Juga sebagai motivasi kepada peserta muda kerana "uncle" umur 40an dengan lutut yang bermasalah ini pun boleh melakukannya.
Post-mortem
- Rejim latihan Kilat Boy ini lebih fokus kepada kepantasan dan ketangkasan (speed and agility) berbanding jurulatih aku lebih kepada stamina dan ketahanan (endurance).
- Tahap stamina aku kini rasanya sudah hampir sama ketika rajin main futsal umur penghujung 20an dulu. Cuma kena terima hakikat lutut bermasalah membataskan kepantasan
selain perut yang besar. - Cerita pasal lutut, setiap kali pakai pendakap lutut (knee braces) semasa sessi latihan, pasca-latihan akan terasa sakit di lutut, pangkal betis dan paha pada sebelah malam atau keesokan hari berbanding sessi tanpa memakainya.
- Nampak gaya aku kena guna contact lens untuk setiap sessi, terutama ketika sessi sparring. Dengan mata yang rabun, agak sukar mengagak sasaran.
Ok, dapat sijil penyertaan, bolehlah menambah pencapaian KPI berkursus tujuh hari Jabatan.
Gambar yang ada (C) dicilok dari grup WhatsApp PS Boxing.
_____
AADI: Juga motivasi buat Portdy.
0 comments
Post a Comment