Bulan kedua PS Boxing beroperasi di gym baharu Sapphire Fitness Gym 69 & Combat Sports Gym. Kelengkapan gym kombat baharu termasuk gelanggang bersaiz standard berlabel Bintulu Fight Team sudahpun siap dipasang sepenuhnya minggu lepas, membuatkan gym ini nampak lebih profesional untuk kedua-dua kelab PS Boxing dan PS Muay Thai.
Dengan 10 buah heavy bags dengan tema yang seragam (logo Sapphire Gym x Bintulu Fight Team) digantung pada sistem landasan untuk lebih mudah alih, teringat aku akan filem-filem siri Never Back Down.
Lantai juga sudah dipasang dengan tikar tatami kombat tebal, dah boleh berguling-guling kalau nak main Brazilian Jiu-Jitsu. Jenis ini juga mudah dicuci dan disanitasi berbanding tatami yoga di gym lama.
Selain itu, terdapat juga dua unit speed bag, antara yang teringin aku nak cuba sejak menonton filem Rocky berpuluh tahun lepas. Benda alah ni agak tricky, kena ikut ritma tersendiri. Kalau tak malar tersasarlah tumbukan.
Replika gelanggang pun ada. |
PS Boxing Club juga menjadi gym duta Deka Malaysia untuk acara Deka Mile yang akan berlangsung di Bintulu bulan Disember ini.
Sekarang sudah bulan November, tak terfikir pun aku mampu bertahan dengan rejim latihan tinju yang agak intensif sejak Januari. Jurulatih pun kini memberi aku beban latihan yang sama dengan beban fighter yang lain, termasuk sessi sparring, no more excuses. Tidak seperti ketika 2-3 bulan pertama menyertai, biasanya beban hanya 1/2 atau 1/3 daripada beban fighter. Faktor usia aku juga masih lagi menjadi motivasi untuk ahli-ahli baharu yang lain.
[Added @ 23/11/2023]
_____
AADI: Nanti buat entri sinopsis tinju 2023.
1 comment
terbaik
Post a Comment