Selain masalah penglihatan, masalah lutut juga antara cabaran selepas memasuki fasa 40an. Setelah berjumpa dengan beberapa orang ahli fisioterapi dan kiropraktik, hampir kesemuanya mengatakan lutut aku mengalami osteoarthritis dan menyarankan supaya aku mengambil suplemen khusus untuk lutut sebagai ikhtiar sebelum berjumpa dengan pakar tulang.
Joy oren, Joy epal, mangga dan jambu batu... |
Begitu juga dengan pemilihan pendakap lutut (knee brace) untuk kegunaan bersukan, mereka menyarankan supaya memilih jenama yang memang khusus untuk sukan, bukan yang murahan dijual di premis buat sendiri kerana kualiti elastik material fabriknya yang boleh meregang empat arah berbanding dua untuk jenama murahan.
Maka sedikit dana akan ditarik setiap bulan untuk bekalan suplemen ini...
Selamat berbulan Ogos, bulan kemerdekaan.
2 komen:
Salam, tuan. Kita senasib nampaknya. Kes saya pula disebabkan kesan sampingan chemo. Saya pun ambil suplemen...
wasalam... saya pula atas pelbagai faktor - drastik bersukan (futsal) ketika penghujung 20an dan awal 30an, obesiti ketika penghujung 30an dan pastinya faktor usia bila masuk 40an, ditambah lagi dengan aktif bersukan tinju mutakhir ini
ikhtiar dulu, jika akhirnya perlukan intervensi pakar tulang untuk rawatan lutut atau surgeri, kita redhakan sahaja
Post a Comment