Mulai penghujung November lepas PS Boxing menerima juru latih baharu iaitu coach Dee (Awang Soharidie) yang berpengalaman sukan tinju bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menggantikan juru latih sebelum ini coach Aman Koboi yang akan kembali fokus kepada sukan Muay Thai dan berlatih untuk perlawanan tempatan dan antarabangsa.
Bawah coach Dee kami disarankan supaya sentiasa berkasut semasa sessi latihan untuk membezakan antara peninju dan Nak Muay. Kadang-kadang kami akan berkongsi gelanggang yang sama bila team PS Muay Thai ada latihan intensif sebelum apa-apa perlawanan atau kejohanan dalam dan luar Bintulu.
![]() |
| Pakai helmet ragbi kalau sparring dengan coach. |
Sekarang aku guna kasut futsal saja, ringan dan sesuai untuk tatami gym kombat. Ada rezeki lebih kelak mungkin akan mendapatkan kasut khas untuk tinju (Decathlon lagi?).
Bawah coach Dee juga ditekankan kepentingan sentiasa sparring. Selain untuk mempraktikkan teknik yang dipelajari, ia juga mengajar supaya lebih berani dan tidak takut untuk menerima tumbukan. Ini sukan tinju, kena tumbuk itu sudah pasti, cuma intensiti tumbukan (ketika sparring) masih ramai yang belum pandai mengawalnya.
Aku lebih suka soft sparring bersama-sama geng fighter atau ahli lama kerana mereka ini pandai mengawal intensiti tumbukan. Walaupun nampak macam boksing labu-labi tapi ketika soft sparring inilah lebih banyak dapat mengasah refleks, seronok, lambat penat dan balik rumah nanti taklah lebam-lebam muka, kah kah kah...
_____
AADI: Selamat Hari Natal.





0 comments
Post a Comment