Agak terkejut dan sedih bila dapat tahu yang Marko Tapani "Marco" Hietala meninggalkan Nightwish dan kehidupan selebriti secara amnya, kerana *terkilan(?) dan untuk fokus kepada kesihatan(?) dan keluarga(?).
*Dengar reaksi dan ulasan Herman Li.
Pada mereka yang mengikuti AADI sejak 10+ tahun lepas pasti tahu yang Marco Hietala merupakan satu daripada bassist idola aku. Sering disebut-sebut dalam AADI sebagai pengaruh besar untuk aku belajar main bass - bukan Harris, Burton, Newsted, Ellefson mahupun Lemmy. Warwick Infinity dan Vampyre yang dipopularkan oleh Marco sehingga kini masih menjadi bass final fantasy aku (Buzzard aku tak minat).
Imej Wiki. |
Kali terakhir dengar cerita pasal Marco dia menang rancangan reality Masked Singer Suomi menggunakan moniker Tohtori Disember lepas. Mungkin satu daripada faktor *terkilan pada perenggan pertama?
Nightwish ni satu daripada lima band bucket list yang aku teringin nak tengok konsert mereka secara live selain Iron Maiden (Singapore 2011), Metallica (KL 2013), Megadeth (KL 2017) dan Kamelot. Walaupun bukan tahap follow berabis, tapi dalam Nightwish ni ada dua idola/ikon yang berpengaruh dalam kehidupan metal aku iaitu Marco Hietala dan Floor Jansen.
Agak terkilan juga sebab tiada lagi peluang menyaksikan Marco beraksi atas pentas. Paling hampir ketika konsert Nightwish di Singapura tahun 2016. Itupun terpaksa dilepaskan atas alasan-alasan standard.
![]() |
Tinggal Tuomas dan Emppu sahaja OG line-up. |
Selepas ini Nightwish katanya akan menggunakan khidmat sessionist untuk tour album baru mereka yang akan datang. Tarot? Aku tak tahu, mungkin tidak lagi aktif semenjak drummer Pecu Cinnari meninggal dunia beberapa tahun lepas.
Apa-apapun, selamat berpencen dan kiitos untuk muzik Nightwish dan Tarot. Sejak aku mengenali kedua-dua band ini pertengahan 2000an, ada beberapa produk mereka merupakan soundtrack of my life, terutama album Once, Dark Passion Play dan Crows Fly Black. Yang pasti, aku akan cuba cover satu lagu Tarot masuk dalam setlist jamming kelak.
_____
AADI: Kebetulan hari ini merupakan hari lahirnya yang ke-55, happy birthday Abam Marco!
1 comment
tak follow muzik Nightwish...so aku tak kenal sangat siapa dia ni...tapi paham la apa perasannya bila benda macam ni berlaku kat idola aku...
Post a Comment