Rutin ketika masuk pertengahan bulan Mac, tahun ini masuk tahun ke-16 aku terjerumus dalam hobi bergitar.
Speech, Puaka Dunia Part 1 - Amarah Duka.
Entri tahun ini ada sedikit perbatuan (milestones) baharu untuk di"bragging rights"kan. Bulan Disember lepas menyertai gig Sarawak Metal Regime 2024 yang berlangsung di Sibu sebagai bassist gantian Erectus. Gig pertama aku di luar Bintulu.
Ada apa-apa sasaran tahun ini? Pastinya ada, tapi tidaklah begitu ekstrim atau wajib. Kalau boleh aku nak kurangkan axology aku yang ketika ini ada 10 buah (lapan gitar, dua bass) turun menjadi lapan atau tujuh. Bermula dengan Lagoon (Ibanez RGA42FM) yang diperolehi semata-mata untuk projek restorasi.
![]() |
Imej Boss Global. |
GAS? Entahlah, macam terGAS dengan Boss GX-10, tapi masih boleh muhasabah diri. Kemudian kalau dapat lepaskan 2-3 gitar seperti perenggan di atas tadi, dananya bolehlah dilaburkan untuk mendapatkan satu daripada berikut;
- Semi-hollow Epiphone ES-335 atau Ibanez AS-series
- Epiphone Flying V
- Bass berskala pendek 28-30"
- Baritone berskala ≥27"
Nombor 3 dan 4 ada kaitan dengan keputusan perenggan kedua di atas. Jika menjadi, barulah akan diceritakan dalam AADI ini apakah tujuannya.
_____
AADI: DG-335 tahun lepas di luar kemampuan.
0 comments
Post a Comment