Satu lagi CD yang baru ada peluang dibuatkan entri selepas sebulan diperolehi daripada Rock At Large. Album solo pertama Marko Hietala (ya dieja Marko, bukan Marco) terbitan 2020 ini merupakan versi English untuk album asal dalam bahasa Suomi iaitu Mustan Sydämen Rovio yang diterbitkan setahun sebelumnya.
Pada mereka yang sudah lama mengikuti AADI pastinya tahu yang Marko Hietala ini antara artis idola aku. Selain pemain bass, Marko juga seorang artis serba boleh - vokalis, penulis lirik, penggubah lagu, pemain gitar. Selain lagu-lagu Tarot, banyak juga lagu-lagu Nightwish hasil nukilan beliau.
Album ini dilabel sebagai hard prog berbanding metal, banyak menggunakan elemen efek modulasi, untuk lagu-lagu ballad masih ada unsur-unsur folk, Celtic dan Scandinavian.
Muziknya tidaklah sekeras Tarot mahupun semelodik Nigthwish. Katanya lagu-lagu dalam album ini lebih bersifat peribadi dan agak tidak sesuai untuk dijadikan lagu Tarot mahupun Nightwish.
Seperti yang sedia maklum, Marko tidak lagi menyertai Nightwish. Tarot pun sunyi selepas Pecu Cinnari meninggal dunia beberapa tahun lepas. Namun begitu, aku rasa Marko masih boleh menaikkan nama dengan bergerak solo mahupun bersama All Hietala Power Trio, iaitu gabungan Marko, Sakari (Zachary Hietala, Tarot) dan anak Sakari. Yang lebih sesuai untuk persembahan tempatan dan usianya berbanding konsert keliling dunia.
_____
AADI: Dengar versi Isäni ääni lebih meremang berbanding The Voice Of My Father.
1 comment
Nightwish antara band yang aku nak cuba dengar tapi sampai sekarang masih tak dengar2 lagi...
Post a Comment