![]() |
Imej blog KDHR. |
Model SDX ini pada pendapat aku merupakan "replika berlesen" untuk model Jackson USA Adrian Smith San Dimas DK (kod baru SDM). Hampir kesemuanya berjaya direplikasi kecuali kualiti kayu, hardware dan elektronik yang lebih unggul pada model DK. Tapi tak mengapa, yang penting ada signature Adrian Smith di situ.
Diperolehi daripada Brado Guitars dengan harga yang sedikit tersenyum berbanding harga runcit. Fizikal diterima dalam keadaan sempurna, hanya setup yang agak tidak memuaskan - action dan posisi pikap yang tinggi, intonasi ada sikit lari. Tak apa, ini aku boleh buat sendiri.
Hanya disertakan dengan tremolo arm, beberapa Allen key dan sticker Skull Strings. Tiada manual Jackson seperti pembelian Sarge, resit pula telah diberi secara online. Seperti transaksi sebelum ini, Brado juga menyelitkan sepasang pick Godoy sebagai saguhati pembelian.
Ini antara gitar signature tahap mampu milik yang teringin untuk dimiliki (selain Epiphone Jotun) sejak ia mula diperkenalkan tahun 2012. Berharap agar model SDXQ (Quilted maple hijau) juga akan masuk pasaran Malaysia suatu hari nanti.
Headstock ikonik Stratocaster (Jackson bawah Fender, tiada masalah). Tanpa kedua-dua logo Jackson dan signature Adrian Smith, sekali pandang mungkin fizikalnya hanya sebuah hot-rodded HSS Stratocaster, setaraf sebuah Squier Deluxe/Contemporary Stratocaster.
Neck gitar ini sehingga ke headstock (kecuali fretboard) adalah sebatang kayu maple @ 1-piece. Dan hanya permukaan atas headstock sahaja yang disadur untuk menjaga logo Jackson dan signature Adrian Smith tadi. Neck batch buatan Indonesia ini tidak memiliki skunk stripe seperti batch buatan India sebelum ini.
Bernombor siri ICJ1800675, dibuat di kilang Cort Indonesia dan merupakan produk ke #675 pada tahun 2018. Jika ia buatan kilang Cort, tak perlu risau tentang kualiti pertukangan kayunya.
Secara fizikal ia tak jauh beza jika dibandingkan dengan So-Cal - neck feel, compound radius 12-16", top-mounted Floyd Rose - sudah cukup untuk memuaskan hati. Yang berbeza hanyalah konfigurasi pikap HSS, tombol tone, suis 5-arah dan kedudukan output jack. Berat pun sekitar 3.9 kg berbanding So-Cal 3.7 kg, eh? Lagi berat?
Pikap in-house Jackson HSS (G&B?) digunakan dan bukannya DiMarzio Super Distortion + Fender SCN seperti DK untuk mengekang harga selain penggunaan Floyd Rose Special. Jika diguna dan diselenggara dengan betul, sistem FRS ini juga agak stabil dan boleh bertahan lama.
Aku bukanlah peminat singlecoil, ironinya aku suka pula karekter bunyi kedua-dua pikap singlecoil pada gitar ini (noiseless, SCN replica?), tetapi humbucker bridge tidak berapa memuaskan dan sudahpun dirancang untuk diganti dengan X2N atau D-Activator yang ada dalam simpanan (tak ada bajet nak beli Super Distortion, guna saja apa yang ada).
Mengintai kaviti spring, ternyata ia kemas seperti trademark gitar-gitar buatan Indonesia sebelum ini. Cuma cat di dalam kaviti ini yang terasa seperti belum kering sepenuhnya. Kaviti pikap dan elektronik akan diintai semasa proses penukaran tali kelak.
![]() |
Diperiksa oleh si Nopal(?) pada 16/07/2018. |
![]() |
Ya, muat dalam peti buaya. |
Up the Irons! \m/
_____
AADI: Brado lagi?
2 komen:
pegi Manila la mintak sign...haha...
dah ada kat headstock :)
Post a Comment