Cuma perlu sedikit kerja untuk mengemas bilik ini yang berbau busuk kerana telah lama dijadikan stor, aircon perlu diservis, dan barangan yang masih ada perlu dipindah, dikemas, disusun semula atau dibuang.
Barangan studio mula dibawa masuk secara berperingkat sejak minggu lepas, terutama drumset dan PA system kepunyaan Bob Kandar. Sessi kali ini hanyalah sessi percubaan, kerana studio belum disetup sepenuhnya.
Hanya tiga orang sahaja terlibat kali ini (sosial distancing?); aku, Bob Kandar dan seorang rakan sekerja (dalam AADI akan dikenali sebagai Methodman) yang memiliki gitar Squier J5 Telecaster (ex-Johnny) aku yang dilepaskan beberapa tahun lepas. Menggunakan amp LX65R aku tanpa sebarang efek. Amp ini akan ditinggalkan di studio ini sahaja, kalau di rumah pun bukannya dapat guna seoptimumnya.
Aku pula mengambil peluang untuk mencuba Pod HD sikacang hitam ini disambung terus ke mixer. Sejak diperolehi beberapa bulan lepas baru ada peluang untuk dipandu-uji secara optimum. Sessi akan datang mungkin akan mencuba Fly Rig PL1 pula, atau bawa HT-5RH terus?
Juga memandu-uji Mr. Smith, selain tidak pernah dibawa jamming sejak diperolehi tahun lepas. Ia juga merupakan satu-satunya gitar aku dalam talaan E-standard ketika ini. Seperti dijangka, bunyi pikap humbucker agak tidak menepati citarasaku (X2N menanti), berbeza pula dengan kedua-dua bunyi pikap singlecoil yang agak ohsem.
Post-mortem
- Bilik ini kekurangan soket elektrik, hanya ada dua point berbanding kelengkapan yang bakal digunakan - PA system, power amp, amp gitar, multi-effects.
- Dengan bau yang kurang menyenangkan, berada di dalamnya untuk jangka masa yang lama amat meloyakan. Nasib baiklah aircon masih sejuk, tetapi tetap perlu diservis.
- Ia studio jenis peribadi, dan bukannya untuk komersil/sewaan.
AADI: Buat masa ini lokasinya masih dirahsiakan, hahaha...
0 comments
Post a Comment