Hari ke-32 2021, mula memikirkan halatuju dan perancangan materialistik perhobian tahunan. PKP 2.0 dah pengisytiharan darurat sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan supaya berhati-hati untuk menarik picu pembelian.
1) Kegitaran - jika tiada aktiviti seperti Santai Muzikal bulan Disember lepas, pasti tidak banyak yang terGAS tahun ini.
i) Line 6 FBV Express atau FBV Shortboard - Setelah berpuas hati dengan prestasi Fly Rig PL1 sebagai peneman gig dan jamming untuk tahun lepas, tahun ini ia akan direhatkan dan akan cuba menggunakan Pod HD pula.
Dan untuk prestasi seoptimumnya, akan cuba mendapatkan FBV Express atau FBV Shortboard untuk kegunaan gig/jamming, keutamaan kepada unit terpakai tak kisahlah Mark II atau Mark III.
ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini.
iii) In-ear monitor system - ikut pengalaman aku beberapa kali buat persembahan pentas, wedges monitor yang disediakan biasanya tidak memuaskan hati. Kadang-kadang mixing dan volume tidak optimum, kadang-kadang posisi monitor itu sendiri jauh nun di depan/tepi pentas dan bukannya di depan pemain.
Takstar pun dah kira ok. |
Bagi yang menggalas dua tugas sebagai seorang vokalis+gitaris seperti aku, amat kritikal supaya dapat mendengar vokal, bunyi gitar sendiri dan instrument asas lain (bass, kick/snare drum) dalam mix, kalau tidak sudah pasti akan "lost" dan persembahan pun ke laut - true story, pernah terjadi ketika Bintulu Bike Week 2018.
Posted by Bentley Music Sdn Bhd on Wednesday, 6 January 2021
iv) Ibanez GRGR131EX - ini boleh dikira "sudden GAS", aku jarang terlirik mata pada model-model Ibanez kebelakangan ini, apatah lagi siri-siri GIO. Tapi baru untuk 2021 model GRGR131EX dengan tema all-black (seperti konsep siri LTD Black Metal), dark sharktooth inlays(!) dan reversed headstock sudah cukup untuk menarik perhatianku.
Imej Ibanez. |
Tapi bab-bab menambah gitar yang bertahap "sudden GAS" memang perlu muhasabah diri, jika dibawa bersabar pasti GASnya akan reda. Lagipun ada jenama/model lain yang telah disasarkan tahun ini, hanya menunggu dana GLTL dan stok masuk Malaysia sahaja.
Imej Sony. |
2) Console gaming - semenjak hype PS5 aku amat berharap agar harga PS4 turun mendadak, selalu mengintai harga PS4 Pro (ya versi Pro) untuk menggantikan PS4 Slim yang telah dilepaskan penangan gaming fatigue. Ingin kembali berkonsul, keinginan seperti tahun lepas yang terpicu akibat PKP 2.0 dan darurat. Kalau tidak termain pun, ia akan dijadikan blu-ray player atau peranti streaming services.
Sekali lagi, kesemuanya perlu dibawa muhasabah, difikirkan masak-masak dan perlu berhati-hati untuk menarik picu pembelian. Selagi musim pandemik belum berakhir dan dengan pengalaman tahun 2020, keperluan perlu didahulukan berbanding kemahuan.
_____
AADI: Selamat berbulan Februari.
0 comments
Post a Comment