Laney LX65R Extreme - satu lagi gajet kegitaran berjaya dilepaskan sejajar dengan proses 2020 purge. Amp ini terdampar di studio Hepi;) sejak bulan Julai lepas. Musim-musim PKPx ni dah jarang sangat jamming walaupun ada studio sendiri, apatah lagi dibawa untuk gig (gig pun tak ada).
Daripada ia mereput diselaputi debu-debu liar di studio, lebih afdal ia dilepaskan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Dan ia telah berpindah milik beberapa hari lepas kepada seorang kenalan otai BRRU yang memiliki studio rakaman yang agak terkenal di Bintulu. Semoga ia berjasa di sana.
Tak mengapa, aku masih ada HT-5RH dan/atau IRT-X untuk jamming.
_____
AADI: GLTL YES pasti menanti, kah kah kah...
0 comments
Post a Comment