Bila hampir keseluruhan negeri di Malaysia kembali menjalani PKPB beberapa bulan lepas, dan tak lama kemudian semua sekolah bawah KPM ditutup, terpiculah kembali beberapa memori ketika musim PKP (Mac-Julai 2020).
PlayStation 4 - Musim PKP akan sentiasa diingati sebagai musim berkonsul PS4, hobi bergitar tolak tepi dulu. Inilah aktiviti nocturnal aku ketika PKP. Serius, kalau bukan pasal PKP memang tak tersentuh pun PS4. Selain memainkan tajuk-tajuk yang tak sempat dimainkan sebelum ini iaitu Tomb Raider Definitife Edition dan The Last Of Us, Remastered, juga sempat memesan dua lagi tajuk iaitu Doom 2016 dan Days Gone sebelum kena sindrom gaming fatigue.
Roti dan mentega kacang - ini antara barang makanan yang agak sukar dicari ketika musim PKP. Kami sekeluarga sudah biasa dengan roti jenama Chef (Bintulu tiada Gardenia) kerana roti jenama ini merupakan makanan ruji anak autistik kami Ijau Jr. Siapa ada anak autistik pasti faham dilema dan pola pemakanan mereka.
Semasa PKP kena keluar awal kerana pukul 2.00 petang biasanya kedai roti Chef sudah tutup. Nasib baiklah ada roti JJ Bakery sebagai alternatif kedua.
Imej Lam Soon. |
Begitu juga dengan mentega kacang, Ijau Jr. tak nak jenama lain selain Lady's Choice atau Daisy. Itupun mesti yang creamy bukan chunky/crunchy. Daripada bau pun dia dapat tahu kalau kita guna jenama lain. Jadi, jangan cuba-cuba nak buyuk tipu.
WFH - Masuk fasa ketiga, sudah diarahkan untuk hadir ke pejabat, tapi cuma 2-3 hari dalam seminggu selebihnya WFH. Itupun hanya 3-5 jam sehari untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tertunggak sebelum PKP. Masuk fasa kelima barulah bekerja lebih lama sedikit. Nasib baiklah rumah kami dekat dengan tempat kerja (~5 km), taklah tersangkut di mana-mana sekatan jalan raya.
Online shopping - Gawat Poslaju dan kurier lain bila rakyat Malaysia mula berbelanja atas talian terutamanya melalui platform Shopee dan Lazada. Pejabat aku berjiran dengan pejabat pos, dapatlah menyaksikan sendiri lambakan barangan yang tak mampu dihantar seperti biasa kerana melebihi kapasiti harian. Jadi, ada barang yang terkandas di pejabat pos sehingga 1-2 bulan.
Raya PKP - Mahu tak mahu PKP telahpun berlarutan sehingga raya. Terimalah hakikat yang raya tahun ini agak istimewa... Raya ala kadar walaupun langsung tidak terasa rayanya. Ceritanya di sini.
PKP merupakan jangka masa yang agak "menarik" yang kita tak pernah terfikirpun akan terjadi dalam hayat kita. Nasib baiklah Malaysia tak sampai tahap perintah berkurung (curfew), itu lagi dahsyat. Punca PKP tu rasanya tak perlulah diulas dalam AADI, cukuplah dengan harapan agar ia tidak akan berulang lagi selepas ini, amin...
Serius, selepas mengamalkan budaya kebersihan diri dan norma baharu, bilakah kali terakhir anda selsema, batuk atau demam?
Terima kasih frontliners, termasuk rider Foodpanda dan GrabFood.
_____
AADI: Selamat Hari Natal.
4 komen:
Apa yg pasti semenjak PKP dan WFH... Tak pasal2 koleksi cd dan lp aku semakin beranak pinak.. Haha..
ya betul kaset aku naik mendadak hahaha
aku tak merasa WFH. sebab kontena kena hantar pakai lori haha. apa yang pasti aku tak akan lupa. masa aku tengah bawa lori dan mendengar radio pengumuman perdana menteri untuk lock down. diiringi dengan doa. rasa sebak dada aku masa tu. semoga semua baik2 saja. hari pertama saja kerja memang terpaksa harung jem yang agak luar biasa. sebab satu lorong dibuka dikebanyakan lebuhraya. lepas seminggu barulah pihak berkuasa membuat laluan khas untuk kenderaan perdagangan. fuhh memang tahun yang mencabar geng.roti gardenia jangan cakaplah masa lock down. kena pergi kedai letak dulu duit sana. nanti dia asingkan
PKPx kembali lagi ;)
Post a Comment