Semenjak mengalami sindrom "paternity mood" dan "baby blues" aku telah membuat beberapa keputusan yang agak sukar dan drastik, me"let-go" beberapa peralatan muzik aku (ya, jual lagi...) yang aku rasa tidak begitu berkepentingan buat masa sekarang.
Bass aku, Clover (GSR200EX) dah di"letgo" kepada seorang rakan MUUV (bassist Curse Of God) pada awal April lepas disebabkan aku dah jarang main bass semenjak menyertai Metuk Ulau Projekt, dan kebetulan waktu itu aku perlukan "fast-cash" untuk persediaan menyambut kelahiran Lil'Ijau.
Begitu juga dengan si kacang merah ni (Pod X3) yang menerima nasib yang sama apabila di"letg-go" juga kepada seorang lagi rakan MUUV (yang dah gila rakam-merakam) pada awal bulan ni. Mungkin ia lebih "bermakna" jika digunakan oleh rakan tersebut berbanding aku yang tak pernah menggunakan fungsi rakaman dan Pod Farm semenjak ia dibeli.
Antara barangan lain yang dah mengalami nasib yang - Pocket Metal Muff, Speedbox XXL dan GDI21, yang di"let-go" melalui GKC dan LYN. Aku harap keputusan yang aku buat ni berbaloi dan tidak akan membuatkan aku menyesal kemudian hari...
_____
Ada apa: Tapi atas sebab-sebab tertentu, sekarang aku perlukan sebuah bass...
2 komen:
takyah menyesal bro. itu adat jual beli melainkan macam aku, beli untuk buat frame. heheheh
mmg xmenyesal sbb "gali lobang ttp lobang" especially kacang merah tu
Post a Comment