Tapi sebelah malam pula TERbeli Carbon Masks yang agak premium selepas tertarik dengan iklannya di Instagram. Buatan Malaysia dengan pengeposan percuma dihantar menggunakan Ninja Van dan bukannya Poslaju (nasib baik).
Materialnya nampak seperti fabrik seluar dalam (kah kah kah), di dalamnya ada penapis yang katanya boleh bertahan 20 kali penggunaan sebelum ditukar, dan ia boleh dibeli berasingan (strategi pemasaran).
Topengnya pula boleh diguna berkali-kali dan disarankan untuk dicuci sehari sekali atau beberapa hari jika jarang digunakan. Pastikan penapis dikeluarkan dahulu sebelum topeng dicuci. Bagi aku, penapis ini hanya berkesan untuk musim-musim jerebu dan bukan musim-musim PKP ni (kalau faham konsep pemakaian topeng muka).
Dengan pengalaman bekerja aku berbelas tahun yang sentiasa memakai PPE (surgical, N95 & filtered respirator), ternyata topeng jenama Carbon ini agak selesa untuk kegunaan harian tatkala isu semasa masih belum selesai. Ia juga nampak ranggi metropolis.
_____
AADI: Persediaan 01/08/2020?
0 comments
Post a Comment