1) EHX Hot Tubes, aku tak sangka pedal ni menjadi rebutan ramai ketika aku mengiklankannya. Terpaksa melayan dua orang bakal pembeli dalam masa yang sama melalui Facebook Messenger, akhirnya pedal ni lari ke Kuantan.
2) Setelah TJ berjaya menjual pedal Zoom MS-70CDR kepunyaannya juga melalui Jamtank, aku mencuba nasib mengiklankan pedal aku. Beberapa jam kemudian ia berjaya dijual dan akhirnya merantau ke Arau,
3) Korg Pitchblack Poly lari ke Ipoh, melalui proses pertukaran (trade/swap) dengan Digitech Hardwire SC-2 Valve Distortion. A very good trade indeed, sebab bunyi SC-2 memang ohsem.
4) Behringer Ultra-G GI100 ni pula ke Johor Bahru. Aku agak terkejut kerana harga terkini/semasa gajet ni melonjak naik akibat kejatuhan nilai ringgit. Tak hairanlah pembeli dari JB tadi terus bersetuju dengan harga yang aku tawarkan.
5) Satu lagi pedal rebutan ramai ialah EHX East River Drive. Sama seperti kes Hot Tubes di atas tadi terpaksa melayan dua orang bakal pembeli sekaligus dan akhirnya berjaya menemui tuan barunya di Damansara. Pada mulanya aku agak keberatan menjual pedal ni kerana ia digunakan sebagai booster kepada Orange Micro Terror,
6) Seperti ERD, Vox Satchurator juga agak keberatan untuk dijual kerana ia dimiliki atas dasar koleksi. Tapi bak kata pepatah (entah siapa yang cipta), sekeras-keras tahi diteran, akhirnya di"lepas"kan juga... Begitu juga dengan pedal ni yang dah bermastautin di Batu Caves.
7) Setelah sekian lama terperap dalam axology, dijual dan dibeli semula, akhirnya Danelectro Coolcat Chorus ni lari ke Pudu.
8) Si kacang merah (Line 6 Pod X3) ni pula tak lari jauh, hanya ke Miri... Ditukar dengan amp Blackstar ID:Core Stereo 10 beserta tambahan tunai. Pembelinya juga berminat dengan Pod HD300 aku, tengoklah nanti...
Rehat sekejap, layan lagu *GLTL.
Jika hasil GLTL Dark Moon (LTD EC-256) beberapa bulan lepas disalurkan untuk memperolehi Blackstar HT-5RH, dana-dana hasil GLTL gajet-gajet di atas tadi pula "terlalu serius" sehinggakan berjaya menggali lubang baru...
*GLTL versi karaoke Salih Yaacob lagi "goyang", walaupun langsung tak ada muka Salih Yaacob dalam video ni (biasalah, standard karaoke).
_____
Ada apa: Meracun si Korawk.
1 comment
masyukk...
Post a Comment