Kali terakhir buat entri bazaar Ramadhan
tiga tahun lepas. Sesungguhnya sudah beberapa tahun tidak teruja untuk menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan di Bintulu atas beberapa alasan - traffic jam, parking, hygienic issues, etc... Kecuali kalau Mrs. Ijau bagi signal "cuti memasak".
|
Gambar daripada dash cam. |
Semalam sempat singgah di bazaar Ramadhan Kidurong (part 1,
entri 2010). Tahun ini lokasinya di
Taman Millenium Bintulu - agak strategik, senang parking, bersih, kurang asap dan paling "menghairankan" agak sunyi (dari segi bunyi) walaupun ramai pengunjung. Mungkin disebabkan lokasinya di dalam taman yang agak jauh daripada jalan utama.
Terjumpalah beberapa juadah kegemaran, dan hero utamanya ialah cendol pulut. Kalau tak silap, mungkin penjaja adalah orang yang sama pernah berniaga di
BCBS, puas hati sebab pulutnya banyak. Juadah lain dalam gambar tak payah ceritalah...
_____
AADI: Malas dah nak snap gambar makanan di bazaar.
0 comments
Post a Comment