Setelah lebih sebulan berfikir, akhirnya keputusan diambil untuk memasang set Lace Alumitone HSS loaded pickguard pada Mr. Smith (Jackson SDX) minggu lepas sebagai terapi minda dan emosi. Aku perlu bersedia untuk menerima hakikat yang karekter bunyi gitar ini akan jauh berbeza daripada sebelumnya, kerana set Alumitone HSS ini bukanlah set beroutput tinggi.
Seperti yang dijangka, kaviti pada SDX tidak dapat menampung konfigurasi pot VOL-TONE-TONE pickguard Lace, kerana pot VOL akan sangkut pada bongkah kayu antara kaviti pikap dan lubang bolt bridge (sama seperti kes So-Cal beberapa tahun lepas).
Solusinya ialah dengan menggunakan pickguard asal SDX dengan sedikit modifikasi, iaitu dengan membesarkan sedikit lubang singlecoil supaya dapat memuatkan pikap saiz singlecoil Alumitone.
"Pickguard Note: Alumitones require a rectangular cutout, simple modification is usually required" - Lace website.
Lubang dikikis sedikit demi sedikit menggunakan kikir murahan (Mr. DIY) supaya boleh muat bentuk pikap singlecoil Alumitone. Hanya lubang singlecoil sahaja yang perlu dikikir, lubang humbucker tidak memerlukan mondifikasi.
Begitu juga dengan lubang untuk potentiometer, asalnya bersaiz Alpha 5/16" (~7.94 mm) manakala pot Lace adalah jenis CTS 3/8" (~9.52 mm). Step-drilling bit digunakan dipulas manual dengan tangan, tak perlu guna drill Bosch.
Elektronik Lace dimodifikasi menjadi VOL-TONE sama seperti konfigurasi asal SDX. Komponen yang dibekalkan Lace adalah jenis berkualiti, pot adalah jenis CTS 250k dengan kapasitor 22nF, manakala suis 5-arah adalah jenis CRL.
Modifikasi elektronik terakhir ialah menggantikan output jack asal dengan output jack Switchcraft tajaan YusTech GT.
Perancangan awal adalah untuk menukar sistem Floyd Rose Special (FRS) kepada Gotoh GE1996T dan GHL-2-G. Tapi bila mengalami isu keselarian (alignment), FRS dan locking nut asal digunakan semula.
Ok, pemerhatian awal untuk set Alumitone HSS ini - agak senyap, sesenyap pikap aktif EMG. Karekter bunyi juga agak jelas dan nyaring (clean and bright), humbucker bridge agak PAF-ish kerana jenis medium output.
Kelemahan? *Sustain terasa agak pendek, dan disebabkan karekter jelas dan nyaring tadi, sebarang kekucilan pada fretboard akan ketara. Secara fizikal, lubang di bawah pikap amat senang untuk bendasing dan fauna masuk ke dalam pickguard. Tapi macam biasa, semua ini pendapat aku yang temberang saja.
_____
AADI: *Mungkin berbeza pada situasi jamming.
0 comments
Post a Comment