Memperolehi pedal Boss DD-7 Digital Delay terpakai ini melalui proses pertukaran dengan pedal-pedal TC Electronic aku Spark Booster dan MojoMojo dengan seorang ahli Facebook Jamtank dari KK. Pedal nampak masih baru, cuma kotor sikit. Katanya telah diguna sejak 2013-2014?
Agak menyesal kerana melepaskan DD-3 dua tahun lepas. Tanpa pedal-pedal Boss, pedal board BCB-30 menjadi lapang, yang masih setia hanyalah CH-1. Dengan adanya DD-7 ini, kembali berserilah BCB-30. Bercadang ingin mencari seketul lagi pedal drive/distortion Boss untuk menghidupkan kembali gigrig *RMU3P.
DD-7 ini memiliki lapan jenis mode berbanding empat pada DD-3, iaitu dengan tambahan mode delay yang lebih panjang 3200 ms, MODULATE, ANALOG dan REVERSE. Selain itu outputnya stereo berbanding mono pada DD-3. Dan ada input khas untuk tap tempo atau expression pedal, boleh guna Zoom FP02M di sini.
[Mini Entry] Let-Go: Spark Mojo
Sejak mula PKP dan jarang jamming, di rumah aku main gitar hanya menggunakan multi-effects (RP360, Fly Rig PL1, Pod HD) bersama-sama headphone HD-330 atau terus ke amp Micro Cube GX. Amat jarang menggunakan pedal-pedal stompbox.
Pedal-pedal TC Electronic ini memiliki nilai jualan semula (resale value) yang tinggi, daripada tidak digunakan ia dilepaskan dengan hampir 100% daripada nilai asal melalui transaksi entri di atas. Jika masih memerlukan fungsi pacuan lampau (overdrive), Joyo AT Drive masih ada.
_____
AADI: *Real men use three pedals.
2 komen:
Jarang gunakan tapi DD-3 masih jadi pilihan.
lepas ni kembali kepada Boss :)
Post a Comment