Kelam-kabut menyediakan patches/presets dalam Pod X3 untuk sessi jamming Metuk Ulau Projekt (part 3) petang esok di Z-Studio (sepatutnya minggu depan). Bila dah mentelaah Pilot's Handbook tempoh hari, bermain-main dengan tombol dan butang pada Pod X3 ni menjadi lebih mudah.
Input utama -> Goldie, input kedua (XLR) -> mikrofon DM4.0S, output (stereo) untuk malam ni aku gunakan headphone MDR-XD100 - left channel for guitar, right channel for vocals. Di Z-Studio nanti, menggunakan output mono berasingan, left output (guitar) -> amp, right output (vocals) -> studio mixer/PA system.
Cukuplah setakat tiga set patches, setiap set mengandungi empat subset (ABCD). Set pertama untuk lagu-lagu ballad (Tears Of The Dragon, Sejati, Ranggi Metropolis), set kedua khas untuk lagu-lagu Iron Maiden (The Trooper, Wasted Years, Coming Home, etc) yang banyak guna bunyi amp Marshall dan set ketiga untuk lagu-lagu Metal yang lain (rectified high gain sound).
Macam mana agaknya bunyi yang dihasilkan di Z-Studio nanti?
_____
Ada apa: Korawk bakal menggalas tugas sebagai bassist...
0 comments
Post a Comment